MUSUH POLITIK GELABAH DENGAN TINDAKAN ISMAIL SABRI


 ‘Pi mai pi mai tang tu’ inilah kata ungkapan yang paling tepat bagi pihak lawan UMNO BN untuk menghadapi pilihanraya umum ke 15 kelak.

Tidak ada cara dan jalan lain, pakatan harapan perlu diberi nafas baharu. Pakatan harapan 2.0 terpaksa ‘dihidupkan’ kembali bagi menyekat kemaraan UMNO BN yang kembali mendapat tempat di hati rakyat.

Mahathir seperti hilang akal dan kesemua parti lawan UMNO BN turut terkesan teruk dengan peningkatan penerimaan rakyat terhadap UMNO BN.

Mahathir terpaksa merancang bergabung dengan parti-parti lain seperti sebelumnya. Ini kerana Ismail Sabri.

Gaya kepimpinan YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri banyak memberi kesan kepada rakyat secara keseluruhannya termasuk impak positif kepada pelabur dari luar negara.

Terbaharu, ratusan juta ringgit nilai pelaburan terkini yang di perolehi dari Qatar di mana sebelumnya negara Timur Tengah tersebut telah pun melabur melebihi angka bilion ringgit di negara ini.

Usaha kerajaan pimpinan Ismail Sabri lebih tersusun dan perlaksanaannya juga mengikut jadual, inilah antara faktor utama bagaimana negara jiran juga turut bertambah yakin dengan gaya kepimpinan Ismail Sabri.

Seluruh dunia juga boleh menyaksikan bagaimana Ismail Sabri menguruskan pandemik virus covid19 sehingga berjaya membawa Malaysia ke fasa endemik bermula hari ini, 1 hb April 2022.

Bukan itu sahaja, dunia juga boleh melihat cara pengurusan dan menangani masalah rakyat ketika pandemik itu juga menjadi bukti bagaimana YAB Perdana Menteri memberi fokus mengutamakan ekonomi rakyat dan negara. Ismail berjaya membawa keluar rakyat dari kesan kemelut virus membunuh dengan perlaksanaan pakej rangsangan khas dan juga meletakkan kembali negara di landasan yang sebaiknya.

Walaupun kerajaan yang dipimpin oleh Ismail adalah kerajaan campuran namun kejayaan beliau mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil menjadikan beliau dihormati pihak lawan yang turut berada di dalam kabinetnya.

Amanah yang digalas atas titah Baginda Yang diPertuan Agong dapat disempurnakan dengan baik menambah lagi nilai keperibadian kepimpinannya.

Benarlah kata Presiden UMNO Zahid Hamidi di Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang baru sahaja selesai bahawa beliau dan Muhamad Hasan sebagai Timbalan Presiden parti menjaga UMNO BN dan menyokong penuh Ismail Sabri memimpin kerajaan. Kata-kata inilah yang mematikan akal dan langkah pihak lawan.

Seorang pemimpin UMNO BN yang berintegriti dan telah membuktikan kejayaan menguruskan negara di saat pandemik melanda seluruh dunia.

Sesungguhnya masih ada pemimpin dari UMNO dan BN  yang berkaliber untuk membawa rakyat dan negara ke arah kemakmuran. Dan beliau adalah Ismail Sabri.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.