Ada puak yang amat tidak senang melihat perjalanan politik dalam UMNO begitu tersusun dengan hubungan erat antara pucuk pimpinan dan akar umbi.
Mereka paling tidak senang apabila melihat hubungan baik antara Presiden Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob yang memegang jawatan selaku Perdana Menteri.
Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera hari demi hari semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sebagai Perdana Menteri.
Keyakinan yang kuat itu sudah pasti akan beri kesan kepada UMNO iaitu sokongan kepada parti juga akan semakin kukuh dan kuat.
Semua pihak di luar tahu UMNO perlu kuat untuk menghadapi PRU15 dan itulah yang sedang berlaku.
Dakwaan nakal sebegini boleh dianggap hanya sebagai picisan sahaja dan tidak perlu diambil perhatian sebaliknya memberikan perhatian untuk mengukuhkan terus kekuatan parti di dalam UMNO itu sendiri.
Antara yang direka dan dihasilkan ialah video, penulisan dan posting tertentu yang menyatakan ada gerakan akan berlaku di dalam UMNO untuk mencapai matlamat tertentu.
Ada video yang disebarkan menyatakan bahawa Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman didakwa bertemu dengan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin menagih bantuan untuk membuat gerakan dalam UMNO.
Maklumat berkaitan kejadian itu diambil dari dokumen yang dilabel sebagai “Pasleak” yang menyebut Tajuddin memohon pertolongan Hamzah kerana nyawa politik parti UMNO bergantung kepada Bersatu.
Niat melaga-lagakan jelas terlihat apabila disebut pertemuan itu adalah kehendak dari Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana mahu mengadakan pemilihan UMNO sebelum PRU15.
Desas desus mengatakan bahawa di dalam UMNO ketika ini ada dua bahagian iaitu satu yang mendesak PRU15 diadakan terlebih dahulu berbanding pemilihan dan satu kumpulan lagi sebaliknya padahal ia tidak wujud sebegitu.
Itu adalah usaha terbaru musuh UMNO adalah dengan menggunakan isu ‘PasLeak’ yang direkayasa wujudnya rancangan jahat untuk menganiaya presiden UMNO dan Najib.
Mengaitkan beberapa nama pemimpin UMNO yang rapat dengan YAB Perdana Menteri sebagai dalang utama bersama kepimpinan PAS dan PPBM hanyalah bertujuan untuk burukkan imej YAB Perdana Menteri dan bukannya ingin menyerang musuh UMNO.
Musuh UMNO BN semakin takut dengan kebangkitan parti UMNO sejak Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri. Apatah lagi dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO menamakan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional memenangi pilihanraya umum ke 15 nanti.
Keperibadian Ismail Sabri, semangat perpaduan dan ingin berubah yang ditunjukkan oleh kepimpinan UMNO menyebabkan rakyat mula kembali menaruh harapan kepada UMNO BN untuk menerajui negara antara faktor yang menakutkan musuh-musuh UMNO.
Paling penting, kepimpinan UMNO wajib bermuafakat dan bersatu padu. Ini kunci yang mematikan langkah musuh dalaman dan luaran UMNO BN.
MINIT MESYUARAT PN BOCOR, RANCANG SUMBAT NAJIB DAN ZAHID KE PENJARA SEBELUM PRU 15?