PH SEDANG MENCARI KAWAN UNTUK MENENTANG BN DALAM PRU 15


PAKATAN HARAPAN (PH) tidak akan mempercayai politik yang dibawa oleh Muhyiddin dan juga Hadi Awang serta mereka tidak sama sekali akan bekerjasama dengan PPBM dan PAS pada Pilihan Raya UMUM ke 15 nanti.

Mereka menyedari bahawa adalah mustahil untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan sekaligus untuk memenangi PRU15 tanpa bergabung sesama mereka (PPBM & PAS).

Minggu lepas Mat Sabu menegaskan Amanah boleh berjumpa dengan sesiapa sahaja bagi membincangkan kerjasama dalam PRU15 termasuk parti PPBM namun ianya berubah apabila nada tersebut dilihat berubah.

PPBM ketika ini dilihat masih lagi bersama kerajaan berbanding Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang dilihat ‘senada’ dengan PH di dalam Parlimen.

Pada 1 April lalu, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memaklumkan tiada sebarang usaha dilakukan oleh pimpinan tertinggi daripada PPBM dan PAS untuk menjalinkan kerjasama dengan PH.

“Tidak ada berbangkit isu itu. Ada bincang, tapi tidak berbangkit (usaha kerjasama daripada Bersatu dan PAS),” katanya.

Anwar dilapor berkata demikian menjawab soalan wartawan berkaitan kewujudan sebarang usaha daripada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang untuk menjalinkan kerjasama bersama PH.

Nampaknya ianya sudah berubah apabila PH menegaskan bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan PPBM yang telah mengkhianati kerajaan 22 bulan PH.

"Perlu ditegaskan bahawa golongan pengkhianat adalah mereka yang telah melompat untuk bersama bersama dan PN atas sebab tawaran-tawaran yang dibuat pada ketika itu.

"Tidak wajar kita menyamakan kumpulan yang telah melompat dengan kumpulan yang tidak melompat.

"Seperti mana tidak wajar kita anggap PKR sebagai parti pengkhianat atas sebab timbalan presidennya dan belasan ahli partimennya melompat, begitu juga adalah tidak wajar kita namakan Pejuang, Warisan dan Muda sebagai pengkhianat atas sebab pengkhianatan Muhyiddin (Yassin) dan PPBM," katanya.

PH akan kumpul sekutu mereka seramai yang boleh untuk  menghadapi lawan yang sama iaitu BN dan juga PN.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.