Dalam sejarah UMNO sejak dulu, kebiasaannya ialah Perdana Menteri ialah Presiden UMNO kerana ia dilihat sesuai untuk seorang Perdana Menteri turut menyandang jawatan Presiden parti supaya mampu mengemudi kerajaan dan parti pada masa yang sama.
Sebuah
kerajaan akan menjadi kuat bergantung pada kekuatan parti.
Pada
masa sekarang, buat pertama kali Presiden dan Perdana Menteri dari UMNO tetapi
dua individu berbeza.
Presiden
ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi manakala Perdana Menteri ialah Naib
Presiden iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ini
adalah kerana beliau dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan
Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hasil dari
sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat dan bukannya melalui pilihan raya seperti
kebiasaan.
Ada
cakap-cakap yang berbunyi pada masa ini, Ahmad Zahid perlu memberikan ruang
kepada Ismail Sabri untuk menjalankan tugas Presiden kerana beliau ialah
seorang Perdana Menteri.
Kenapa
Presiden UMNO tidak melihat kepentingan parti lebih jauh dari perjuangan
peribadi dirinya sendiri.
Dalam
sejarah UMNO, banyak peristiwa yang berlaku apabila Presiden berundur dan
menyerahkan jawatan Presiden kepada orang lain apabila sokongan ke atas
Presiden dilihat sedikit merosot.
Sejarah
paling awal ialah apabila Presiden pertama Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan
pada 25 Ogos 1950, Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak Hussein menolak untuk
menggantikannya.
Akhirnya
Tunku Abdul Rahman Razak dilantik sebagai Presiden UMNO selepas mendapat sokongan
Tun Razak.
Semasa
Tun Abdullah Ahmad Badawi pula dipilih sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun
Dr Mahathir Mohamad, ketika itu beliau masih memegang jawatan Timbalan Perdana
Menteri.
Beberapa
minggu selepas itu baru Abdullah dipilih sebagai Presiden apabila Dr Mahathir
mengumumkan tidak akan bertanding mempertahankan jawatan Presiden UMNO.
Beliau
kemudiannya menyerhkan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak apabila
mengetahui sokongan kepada dirinya sudah berkurangan.
Dalam
isu ini sekarang, adakah Ahmad Zahid tidak mempunyai jiwa besar dan ingin
memperkuatkan UMNO berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15
Mungkin
sudah sampai masa yang sesuai untuk beliau berundur dan mengumumkan untuk tidak
bertanding dan mungkin memberi bayangan untuk Ismail Sabri bertanding jawatan
berkenaan dan beliau akan menyokongnya.
Dalam UMNO, peranan pemimpin berjiwa besar amat penting untuk pastikan perpaduan di antara ahli akar umbi dan pucuk pimpinan parti kuat dan sukar untuk diancam oleh mana-mana pihak khususnya dari luar parti.