SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN ahli parlimen Muar yang juga wakil rakyat daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) masih tidak membuka mulut dengan apa yang diperkatakan beberapa minggu lalu.
Syed
Saddiq masih membisu mengenai kes bekas penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad
Yasin Sulaiman yang didakwa di mahkamah kerana memiliki dadah dan menanam pokok
ganja.
Yasin
semasa dibawa ke mahkamah temph hari telah menyebut nama ahli parlimen Muar dan
katanya “tolong kirim salam kepada Syed Saddiq” yang mana telah membuat seluruh
media dan orang ramai tertanya-tanya.
APAKAH
Syed Saddiq telibat sama dengan Yasin???
Yasin
didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Khamis atas pertuduhan
mengedar dadah jenis ganja di kediamannya pada 24 Mac lalu.
Mengikut
pertuduhan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah, Yasin didakwa mengedar
dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram di sebuah unit kondominium di Kota
Damansara pada jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.
Pendakwaan
dibuat mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum
mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur
hidup atau gantung sampai mati .
Sekiranya
tidak dihukum mati hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.