UMNO DAN BN MEMPUNYAI KELEBIHAN DENGAN ADANYA ISMAIL SABRI SELAKU PM


Apabila petunjuk prestasi keyakinan rakyat mula kembali kepada UMNO BN melalui beberapa siri pilihanraya kecil dan pilihanraya negeri maka pihak lawan mula menyusun semula strategi dengan kadar segera.

Semua parti yang mengalami kekalahan teruk di pilihanraya kecil dan pilihanraya negeri dilihat mula bangkit untuk mempersiapkan diri bagi menhadapi pilihanraya umum ke 15 akan datang.

Mahathir mulakan langkah awal dengan mengaku betapa parti baharu milik beliau iaitu Pejuang kononnya kekurangan dana dan melalui pengakuan Mukhriz Mahathir, kekalahan teruk parti mereka adalah kerana pengundi belum begitu mengenali logo parti mereka.

Bagi parti yang dilihat pencabar terdekat UMNO BN iaitu Perikatan Nasional, Muhyiddin secara terang-terangan menunjukkan kesungguhan betapa perlunya kesemua parti anti UMNO BN bergabung sekiranya ingin melihat UMNO BN tumbang buat kali kedua di pilihanraya umum kelak.

Pertemuan sulit secara empat mata yang diatur oleh Muhyiddin menampakkan pihak lawan UMNO BN telah sedar bahawa hanya dengan pengkabungan parti-parti pembangkang sahaja mampu untuk kalahkan UMNO BN.

Pertemuan Muhyiddin dengan Mahathir, Anwar dan Shafie Afdal adalah bukti bahawa pihak anti UMNO BN tidak menunggu lama setelah kalah teruk di pilihanraya kecil dan negeri. Tujuan bergabung adalah untuk memperlihatkan kepada rakyat bahawa pihak mereka serius untuk menggalas amanah memerintah negara semula seperti selepas pilihanraya umum ke 14 yang lalu.

Parti PAS melalui Presidennya Hadi Awang juga secara terbuka membuat pengakuan bahawa pihak mereka juga bakal memujuk kesemua parti anti UMNO BN supaya bergabung semula.

UMNO BN mempunyai kelebihan melalui kepimpinan YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri. Rekod cemerlang beliau selama lebih daripada enam bulan menjadi pemimpin nombor satu negara banyak memberi kesan positif kepada penerimaan kembali rakyat kepada UMNO dan BN.

Rakyat boleh menilai bagaimana Ismail Sabri di dalam masa yang singkat mampu menguruskan negara dan rakyat dengan tersangat baik.

Ismail berjaya merangka dan melaksanakan pelan pemulihan yang dirancang demi membawa keluar negara dan rakyat daripada kemelut pandemik covid19. Virus yang membawa maut ini begitu banyak memberi kesan kepada ekonomi rakyat dan kantung negara.

Walaupun Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri kepada kerajaan campuran namun beliau berjaya menstabilkan kerajaan pimpinan beliau dan menjadikan rakyat serta negara sebagai fokus utama kabinet di bawah kepimpinan beliau.

Hasilnya, di dalam masa yang begitu singkat rakyat mula menerima dan yakin kepada UMNO BN bagi menerajui negara ini. 

Peluang kedua ini tidak sepatutnya dipersiakan oleh kepimpinan utama UMNO BN. Tiada lagi masa untuk bercakaran sesama sendiri di dalam persediaan menghadapi pilihanraya umum ke 15.

UMNO BN perlu dan sewajarnya meletakkan kepentingan imej parti sebagai perkara utama. Keberadaan mana-mana pemimpin yang sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah akan dijadikan isu dan modal kempen pihak lawan di pilihanraya akan datang. Justeru UMNO BN harus memberi tumpuan untuk mengurangkan apa juga bentuk isu yang boleh mempengaruhi pola penerimaan rakyat kelak.

Ismail Sabri adalah taruhan terbaik untuk dijadikan Perdana Menteri sekiranya UMNO BN menang pilihanraya umum ke 15. 

Sentimen rakyat begitu kuat di mana pemimpin yang tiada masalah bakal menjadikan UMNO BN sebagai pilihan terbaik untuk memimpin negara. Di waktu yang sama pemimpin yang menhadapi isu terus berusaha membersihkan nama di mahkamah. Ini menjadikan faktor utama rakyat melihat UMNO BN bersungguh untuk melakukan perubahan.

Tambahan pula melalui bancian terkini yang dilakukan oleh syarikat Invoke milik Rafizi menunjukkan Ismail Sabri mendahului Najib dan Anwar bagi jawatan Perdana Menteri.

Walaupun ianya mungkin ada penilaian bias namun UMNO BN tidak seharusnya memandang ringan dengan petunjuk penerimaan rakyat terhadap Ismail Sabri, UMNO dan BN.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.