VIDEO : 2 PENJENAYAH MATI DALAM BERBALAS TEMBAKAN DENGAN POLIS DI WAKAF BERUAS, KUALA TERENGGANU


Dua penjenayah mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Kampung Simpang Tok Ku, di sini hari ini.

Kejadian dipercayai kira-kira jam 11.30 pagi ketika pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu dan Bukit Aman melakukan rondaan menerusi Op Kesan sebelum terserempak sebuah kereta Honda Civic yang memandu dalam keadaan mencurigakan di kawasan Kampung Wakaf Beruas, di sini.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner Wan Rukman Wan Hassan, berkata pasukan operasi mengarahkan suspek memberhentikan kenderaan, namun mereka melarikan diri sebelum dikejar sejauh dua kilometer.

"Polis berjaya menghalang kenderaan dinaiki suspek, namun seorang daripada mereka melepaskan tembakan ke arah polis menyebabkan polis membalas tembakan berkenaan," katanya - Berita Harian


"Anggota kita membalas tembakan berkenaan sebelum seorang penjenayah ditemukan mati di dalam kereta manakala seorang lagi suspek melarikan diri.

"Bagaimanapun, anggota kita berjaya mengejar suspek yang bersembunyi di dalam sebuah rumah kosong yang terletak kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian tembakan pertama.

"Kita mengepung rumah berkenaan dan mengarahkan suspek menyerah diri namun enggan berbuat menyebabkan kita mengambil tindakan menyerbu ke dalam rumah itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Wan Rukman berkata, suspek bertindak agresif apabila melepaskan tembakan ke arah polis namun terkena penghadang sebelum pasukan membalaskan tembakan berkenaan dan mengenai suspek.

Beliau berkata, suspek maut di tempat kejadian dan pihaknya sedang mengenal pasti identiti kedua-dua suspek termasuk senjata yang digunakan. BH







Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.