VIDEO : PESTA DANGDUT TERENGGANU HILANGKAN PROGRAM 'MADINAH RAMADHAN'?


VIDEO pesta dangdut di sebuah hotel Kuala Terengganu tular video berdurasi 25 saat yang memaparkan penyanyi berpakaian seksi dan menghairahkan di samping beberapa individu menari di atas pentas dalam makan malam bertemakan dangdut ala padang pasir  10 hari sebelum ramadhan.

Penganjuran ‘pesta’ dangdut oleh kumpulan individu yang merupakan penduduk tempatan itu mendapat kecaman ramai kerana mencemar kesucian Ramadan menjelang sehari umat Islam berpuasa.

Sementara itu, menurut penganjur, makan malam berkenaan diadakan secara tertutup di hotel tersebut bagi sambutan ulang tahun kelahiran isteri rakannya dan tidak sepatutnya ditularkan.

“Saya tidak rasa apa yang kami lakukan itu salah kerana tidak pernah tahu tentang penguatkuasaan garis panduan larangan hiburan,” katanya. 


SEHUBUNGAN dengan itu, bagi tahun 2022 ini, kerajaan negeri Terengganu dibawah pentadbiran Pas tidak lagi menganjurkan program bulan ramadhan sepertimana yang dianjurkan beberapa tahun lalu yang mana diberikan nama " Madinah Ramadhan"

Program tersebut telah diperuntutkan sebanyak RM 2 juta sepanjang bulan ramadhan itu diadakan di Dataran Shahbandar dan Pantai Batu Buruk pada 2018 dan 2019. dan ianya tidak diteruskan lagi.




Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.