ZAMIL IBRAHIM DURI DALAM DAGING KEPADA UMNO?


UMNO sedang bergerak menuju era perubahan yang drastik dimana semua kepimpinan memainkan peranan masing-masing dari peringkat cawangan, bahagian negeri dan seterusnya diperingkat kepimpinan pusat.

Perubahan itu perlukan kepada pengorbanan masa, tenaga dan juga wang ringgit bagi menjayakan hasrat hampir 4 juta ahlinya yang mana mahu melihat perubahan yang membolehkan UMNO kembali diterima oleh keseluruhan rakyat Malaysia.

Didalam organisasi UMNO ini mempunyai pelbagai pandangan, gerak kerja dan apa yang penting hala tuju parti mesti menjadi keutamaan setiap ahli serta kepimpinannya.

UMNO perlukan dokongan ahli dan juga bangsa melayu untuk terus menjadi parti pilihan utama rakyat dan semestinya bangsa melayu. Namum begitu parti UMNO tidak lekang dengan pelbagai masalah dalaman dan ianya menguatkan lagi ikatan sesama ahli serta kepimpinan.

Perkara tersebut adalah lumrah dalam sesebuah pergerakan parti. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula pergerakan politik yang mempunyai jutaan ahlinya.

Namun ia tidak boleh dibiarkan, jika tidak ia akan menyekat UMNO dari menjelmakan potensi besar yang dimilikinya untuk menjadi suara politik sebenar rakyat dan bangsa melayu.

Malangnya bukan UMNO tidak mengetahui, ada diantaranya sangat gemar mencaturkan pepecahan dalam UMNO dan orang-orang sebegini perlu ditangani segera untuk melihat UMNO terus dengan agendanya sendiri.

Hari ini UMNO telah mempunyai seorang Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO iaitu Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob yang mana menjadi salah satu kekuatan parti hari ini setelah kalah dalam PRU 14 yang lalu.

Ismail Sabri perlu sokongan dan dokongan semua pihak dan semestinya dari kepimpinan UMNO diperingkat pusat khas disamping dengan misi menyelamatkan Negara Malaysia dari terus merudum dari segi ekonomi, kestabilan politik dan juga kesejahtera rakyat.

Namun dalam siri gerakan kejayaan yang dibawa oleh Ismail Sabri ada dari kalangan mereka yang tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh naib presiden UMNO dan semata-mata mahu melihat UMNO kembali dipersada kegemilangannya.

Beberapa hari ini ada yang secara terang tidak senang melihat kejayaan itu, namun ianya bukan satu halangan kepada naib presiden untuk terus membawa nama UMNO dalam kerajaan campuran hari ini.

Sepertimana yang telah diganggu oleh seorang bekas ahli PKR yang bernama Zamil Ibrahim dimana begitu galak menyerang kepimpinan Ismail Sabri dalam melaksanakan tugasnya untuk Negara dan juga parti.

MENGAPAKAH Zamil begitu bersungguh-sungguh menyerang Perdana Menteri?

ADAKAH beliau sedang mencuri perhatian dari pejabat PM?

APA yang pasti, dengan perbuatan provokasi yang dimainkan oleh Zamil Ibrahim ini boleh mengundang kemarahan ahli UMNO dan rakyat Malaysia kerana sentiasa membuatkan provokasi murahan untuk mendapat perhatian kepimpinan kerajaan serta UMNO.

Semua ahli umno sudah matang untuk menilai kerja sia-sia Zamil yang sah telah dibayar oleh pihak-pihak tertentu dalam merencanakan tempat seseorang untuk menduduki kerusi yang disandang oleh Ismail Sabri selepas PRU 15 nanti.

Meraka yang berkomplot dengan Zamil ini harus ditendang dengan segera agar UMNO tidak menjadi mangsa dalam kerakusan seseorang yang menginginkan kerusi PM itu nanti dan semestinya keseluruhan ahli UMNO bakal menanggung risikonya nanti.

Zamil juga pernah menyerang dan memfitnah Dato’ Seri Najib Razak dan Presiden UMNO Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini dengan pelbagai gelaran, hinaan serta cacian sehinggakan UMNO BN kalah pada PRU 14 yang lalu.

Kini beliau kembali menggunakan provokasi dan fitnah kepada Ismail Sabri yang kini sedang menjalankan tugas sebagai orang nombor satu dalam Negara.

Jadi ahli UMNO dan rakyat Malaysia perlu menolak rekayasa Zamil dan sekutunya untuk melihat Malaysia terus stabil dari sege politik dan juga ekonomi lalu boleh mensejahterakan rakyat keseluruhannya.

Oleh itu berilah peluang kepada ISMAIL SABRI membawa Malaysia kearah yang lebih cemerlang sebelum PRU 15 nanti.

Pesanan Malaysia-Hot juga ingin berpesan kepada pegawai khas Perdana Menteri agar tidak melayan kebodohan Zamil ini kerana sememangnya kerja Zamil ialah mahu mendapatkan respon dan perhatian pihak Ismail Sabri atau pejabat perdana menteri.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.