Hampir setiap pergerakan YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri menjadi sasaran individu yang bernama Zamil Ibrahim.
Siapa Zamil sebenarnya? Bekas ahli UMNO yang lari sertai parti PKR dan patah balik menyertai UMNO tetapi hanya sebagai penyokong? Parti KITA juga menafikan kedudukan Zamil kononnya sebagai pemimpin utama; Setiausaha KITA, Masrum Dayat berkata “laporan akhbar yang memetik Zamil Ibrahim sebagai ketua parti baru menggantikan Datuk Zaid Ibrahim adalah satu berita lucu, kenyataan yang bebal dan tidak siuman, silap dan sama sekali tidak berasas.
"Ketua parti ini hanya boleh diganti mengikut perlembagaan dan peraturan parti dan bukan ikut sesuka hati sesorang bekas ahli yang dipecat secara sah atau ikut ‘syok sendiri.
Jadi siapakah Zamil dan kepada siapa beliau menghambakan diri? Adakah beliau gigih mencuba untuk mendapat perhatian dari ‘seseorang’ yang berjawatan tinggi di dalam kepimpinan UMNO dan mendapat tempat bagi pilihanraya umum ke 15?
Atau Zamil adalah barua musuh UMNO yang makan dedak sebagai ‘Kuda Trojan’ untuk menimbulkan sengketa sesama pemimpin UMNO BN dan juga meracuni ahli UMNO supaya membenci Ismail Sabri dengan menjadikan Presiden UMNO Zahid Hamidi dan juga Najib Razak sebagai umpan untuk laga-lagakan antara penyokong ini?
Hampir setiap hari kegilaan beliau adalah membuat video dan juga menyebarkan kenyataan berniat jahat dengan menyerang YAB Perdana Menteri. Malangnya bahan yang beliau ambil sebagai sumber adalah ‘sampah’.
Ahli UMNO terutamanya sudah maklum bahawa portal Free Malaysia Today adalah sebuah portal politik yang begitu tegar anti UMNO BN.
Gaya bahasa dengan menggunakan ayat ‘sumber’ itu sudah membuktikan ianya adalah sebuah artikel fiksyen yang cuba mengelirukan pembaca. Kalau begitu yakin bahawa apa yang mereka tulis itu ada benarnya, kenapa tidak menggunakan ‘sumber sahih’?
Musuh UMNO BN sedang cemas dengan siri kejayaan yang dicapai oleh Ismail Sabri di dalam waktu yang singkat sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Muhyiddin Yassin.
Bukan sahaja kejayaan menguruskan pandemik covid19 dan bencana banjir besar namun Ismail Sabri membuktikan beliau telah berjaya membawa semula nama baik negara di setiap lawatan rasmi yang beliau lakukan.
Rakyat membuka semula kepercayaan kepada UMNO BN kerana melihat sendiri bagaimana Ismail Sabri berjaya menguruskan negara. Hasilnya, kemenangan besar dicapai oleh UMNO BN di beberapa siri pilihanraya kecil dan negeri.
Bagaimana Zamil yang tidak dapat dipastikan arah mana kecenderungan politiknya membuat penilaian dengan merujuk kepada sebuah portal yang terang-terang anti UMNO BN?
Berapa banyak ‘dedak’ dari jumlah ‘kolam’ yang beliau perolehi hasil daripada menyerang Perdana Menteri dari UMNO BN ini?
Keberadaan beliau di samping Zahid dan Najib Razak perlu diberi perhatian yang serius kerana bakal menimbulkan prasangka buruk terhadap kedua pemimpin UMNO tersebut.
Musang berbulu ayam tidak akan berhenti menjadikan ayam sebagai mangsanya namun spesis haiwan tersebut mudah sahaja dikenali.
Berhati-hatilah ahli UMNO.