Musuh Ismail Sabri sudah kehabisan modal dalam perancangan untuk merosakkan imej beliau hinggakan terpaksa menggunakan ‘peluru dari budak wechat anti kerajaan’ untuk menyerang YAB Perdana Menteri.
Melihat kepada siri kejayaan PM Ismail Sabri, musuhnya mula terasa begitu terancam. Pada mulanya mereka menganggap Ismail hanyalah seorang pemimpin yang ‘biasa-biasa’ namun telahan musuh meleset sama sekali.
Kejayaan menguruskan rakyat dan negara terutama membawa keduanya keluar dari kemelut pandemik covid19 kepada fasa endemik membuatkan mereka mula sedar bahawa Ismail Sabri perlu diberi perhatian.
Kejayaan luarbiasa PM Ismail Sabri di dalam masa yang singkat memberi kesan besar kepada reaksi penerimaan rakyat terhadap UMNO BN. Tidak boleh dinafikan bahawa PM Ismail Sabri adalah antara penyumbang kepada siri kemenangan UMNO BN di beberapa pilihanraya kecil dan dua pilihanraya negeri, Melaka dan Johor. Ini yang menyebabkan pihak musuh politiknya mula memberi perhatian dan betapa perlunya PM Ismail Sabri diserang dengan pelbagai isu walaupun isu yang terlalu remeh.
PM Ismail tiada isu berkait dengan salahguna kuasa, rasuah, skandal wanita dan skandal sesama lelaki menyebabkan musuh seperti DAP terpaksa menggunakan isu pakaian termasuk pakaian yang dipakai ketika pertemuan tidak formal dengan Perdana Menteri Singapura di Jepun sebelum Persidangan ke-27 Nikkei Future of Asia di Tokyo bertemakan “Redefining Asia’s Role in a Divided World” bermula.
Apakah isu yang cuba dimainkan oleh pemimpin DAP di dalam isu tersebut? Kenapa cuba sembunyikan bagaimana pemakaian PM Ismail Sabri ketika bertemu dengan Perdana Menteri Jepun? PM Ismail berbaju batek, di dalam apa juga keadaan, PM Ismail Sabri konsisten mempromosi produk negara selain daripada mempromo bahasa kebangsaan, DAP tidak melihat kesungguhan PM ini?
Rafidah Aziz juga nampaknya tidak ketinggalan untuk bersama DAP. Menyerang membuta tuli berhubung harga baju yang dipakai oleh PM Ismail Sabri. Adakah Rafidah sedang meludah ke muka sendiri?
Rafidah lupa bagaimana beliau merosakkan nama UMNO BN kerana terpalit dengan isu pemberian AP kereta hinggakan Rafidah dilabelkan sebagai ‘Ratu AP’ dan khabarnya diselamatkan oleh Mahathir, Perdana Menteri ketika itu dan Rafidah sendiri sebagai menteri MITI dan Ketua Wanita UMNO Malaysia waktu tersebut.
Rafidah mungkin sengaja memilih untuk tidak berkata benar terhadap PM Ismail Sabri. Rafidah lupa siapa Ismail Sabri sebelum aktif di bidang politik. Ismail Sabri adalah seorang peguam dan di waktu usianya 27 tahun dan menceburi bidang pemaju hartanah seawal usia 30 tahun. Adakah Rafidah tidak melihat apa yang ada ditubuh badannya sendiri? Berapa pula harga rantai mutiara dan segalanya mutiara di telinganya? Rafidah membelinya di pasar Filipina? Meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri.
Tiada yang berubah, sejak dari menjadi pembangkang berpuluh tahun di negara ini, DAP hanya bertindak menyalahkan orang lain. Malah ketika menjadi sebahagian dari kerajaan, DAP masih tidak berubah juga. Akhirnya kerajaan pakatan harapan tumbang dengan sendirinya.
DAP sengaja lupa ketika mereka sebagai kerajaan Pakatan Harapan, Daim Zainuddin terpaksa mewakili Malaysia bertemu dengan menteri China dan hanya berselipar sahaja. Memalukan kerajaan kerana tiada siapa pun menteri yang layak ketika itu. Adakah DAP lupa isu ini?
Sepatutnya DAP melihat kejayaan lawatan PM Ismail Sabri membawa masuk pelaburan ke negara bernilai billion ringgit dan bukannya baju apa yg dipakai Perdana Menteri.
Lihat diri sendiri dan bukannya meludah muka sendiri.