PERDANA MENTERI Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia berkata bahawa isu pembubaran parlimen akan dibawa ke mesyuarat kabinet terlebih dahulu sebelum membuat pengumuman tersebut dalam satu kenyataan media semalam.
Kenyataan
tersebut, bahawa pembubaran parlimen perlu melalui proses tersebut kerana ianya adalah mengikut perlembagaan persekutuan yang ada dalam kerajaan hari ini dan sebelumnya.
Sebelum ini dengan 6 Perdana Menteri dari UMNO juga mencadangkan pembubaran parlimen tersebut dan ianya dibawah
prerogatif seorang Perdana Menteri dan didalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi
(MKT) serta Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang mana adalah satu ketetapan parti, selepas
itu ianya dibentang didalam kabinet.
Perdana
Menteri akan mencadangkan pembubaran parlimen kepada Yang Dipertuan Agong (YDP)
dan seterusnya menasihati serta memohon perkenan YDP untuk membubarkan
parlimen.
Dalam
kenyataan Ismail Sabri memberi
penjelasannya mengikut perundangan dan amalan dalam pentadbiran yang
mana ianya juga amalan Perdana Menteri terdahulu juga.
DSIS
dilihat mengeluarkan kenyataan yang tepat dan benar merujuk kepada perbincangan
dalam parti merupakan perkara formal amalan PM sebelum ini tetapi keputusan
akhir akan dimaklumkan dan diputuskan dalam kabinet.
Cuma bezanya dulu kesemua ahli kabinet itu dari UMNO dan keputusan PM tidak akan sesekali dipertikaikan manakala sekarang UMNO bukannya parti mutlak pemerintahan negara.
Di dalamnya ada pelbagai parti rakan yang memberikan
sokongan kepada PM dari UMNO dan ianya perlu dimaklumkan dalam kabinet secara
formal.
Kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab jangan besarkan isu yang sengaja diputar belitkan. Seharusnya kita ahli parti semakin yakin dan menyokong DSIS apabila hari ini dengan gahnya beliau merupakan Naib Presiden dan juga PM telah bangun untuk menyokong usul yang telah dibentangkan dlm PAU khas semalam.
Ianya
menjelaskan bahawa desas desus atau tuduhan DSIS mahukan pemilihan dahulu
sebelum PRU adalah satu cubaan jahat untuk menampakkan kononnya wujud dua kem
dalam UMNO.
Keputusan pilihanraya negeri di Melaka dan Johor bukan indikator mutlak atau isyarat penerimaan rakyat sepenuhnya terhadap UMNO BN.
Angka peratusan keluar mengundi
masih rendah dan itu boleh menyebabkan apa sahaja boleh berlaku bagi keputusan
pilihanraya umum kelak kerana jumlah peratusan undi popular belum berpihak
kepada UMNO BN.
Sebaiknya ahli parti memberi fokus kepada perpaduan sesama ahli dapat dikukuhkan dan bagaimana menambah keyakinan pengundi terhadap parti yang banyak jasanya kepada rakyat ini.
Apabila rakyat yakin dan suka kepada UMNO maka mereka akan keluar
beramai-ramai untuk mengundi UMNO BN bagi mencapai kemenangan yang lebih besar.