DEBAT NAJIB & ANWAR : FAKTA VS AUTA?

Foto Arkid Google

DEBAT
antara Dato' Seri Najib Tun Razak dan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang akan berlangsung pada 12 Mei ini akan membuktikan siapa ada kredibiliti dan siapa sebenarnya liabiliti dalam politik tanah air.

Dua tokoh ini masing-masing ada reputasi dan sejarah perjuangan mereka tersendiri serta mereka berdua merupakan wakil rakyat yang mewakili kawasan Parlimen masing-masing.

Debat antara mereka akan diadakan di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) di ibu negara dan akan bermula pada pukul 9 malam.

Jika melihat kaitan politik yang paling rapat antara kedua-dua pemimpin, Najib merupakan Perdana Menteri yang hilang jawatan pada 2018 kerana kekalahan Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Anwar pula merupakan antara pemimpin paling atas yang disebut-sebut akan jadi Perdana Menteri pada masa itu tapi mengalah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan sampai sekarang masih gagal menjadi Perdana Menteri sejak memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998 dulu.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Port Dickson sudah tentu ada perkara yang perlu dibuktikan dalam debat apabila PH menggunakan hasutan dan penipuan untuk menarik pengundi supaya mengundi mereka pada PRU14 lalu.

Bagi Najib pula, mungkin Anwar akan menggunakan isu-isu berkaitan kesnya untuk cuba mengenakannya dalam debat berkenaan.

Bagi Ahli Parlimen Pekan itu pula, hujah fakta sudah tersedia untuk dijawab kepada Anwar.

Anwar sudah ada bukti bahawa beliau gagal memimpin PKR dengan baik. Walaupun nampak macam popular di peringkat antarabangsa, menyampaikan ceramah di sana sini tapi parti sendiri kalah teruk dalam pilihan raya.

Bagi sesetengah pemerhati politik, sebelum debat bermula mereka sudah tahu siapa yang menjadi beban dalam politik Malaysia dan siapa pula yang masih boleh rakyat Malaysia bergantung harap untuk mendapat masa depan yang lebih baik.

Selain perhatian tertumpu pada dua sosok tubuh ini, perhatian juga terarah kepada para penyokong kedua-dua mereka yang masing-masing ada keyakinan yang kuat pada mereka.

Anwar ada penyokong yang sanggup turun ke jalanan dan Najib ada penyokong yang bersedia mematahkan hujah pihak lain yang salah dengan fakta tanpa menggunakan emosi.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.