15 Mei 2022 adalah satu sejarah kepada parti tertua negara yang kenali sebagai Pertubuhan Kenangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dimana akan membuat pindaan perlembagaannya menerusi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Pelbagai reaksi yang ditonjolkan beberapa hari ini dari dalam UMNO mahupun dari luar UMNO yang mana turut membicarakan tentang kewajaran UMNO meminda perlembagaan hari ini.
Sebagai contoh satu kenyataan daripada penganalisis politik, ketidakabsahan keputusan yang menyatakan bahawan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sudah tidak releven atau tamat tempoh sebenar selapas penangguhan 18 bulan yang dibuat UMNO sebelum ini.
Tanda tanya lain juga ialah, adakah penangguhan berkenaan benar-benar kemahuan akar umbi UMNO pada ketika ianya selatut diadakan untuk menentukan barisan kepimpinan UMNO dalam tempoh yang baharu.
Jika ROS menolak permohonan kali ini, pelbagai kesan buruk yang akan diterima oleh UMNO keseluruhannya selepas ini dan berkemungkinan besar UMNO akan terbatal pendaftarannya dengan ROS?
Untuk rekod sebelum ini, pemilihan UMNO sudah pun ditangguhkan selama 18 bulan kerana disebabkan pandemik COVID-19. Bukan UMNO sahaja, ada juga parti lain turut tangguhkan pemilihan.
Pemilihan UMNO sepatutnya boleh diadakan pada November tahun ini dengan pemilihan peringkat cawangan diadakan paling lewat pada bulan Julai nanti, demikian menurut Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu kenyataan akhbar sebelum ini.
Diharapkan apa-apa keputasan hari ini tidak membuatkan UMNK berada dalam krisis perlembagaannya sendiri dan meneruskan agenda yang ada sebelumnya.
Pemilihan parti perlu diadakan dengan kadar segera jika ROS tidak membenarkan proses EGM kali ini diteruskan dan UMNO harus bersedia untuk melakukan pemilihan parti dengan segera.