HAKIKATNYA sambutan hari raya samada Aidil Fitri atau Aidil Adha adalah sama saja setiap tahun. Namun bermula pada tahun 2020 emosi rakyat negara ini agak terganggu.
Negara dan rakyat diuji dengan pandemik covid19 yang membunuh berjuta nyawa di dunia dan negara kita turut menerima angka kematian yang membimbangkan.
Negara dan rakyat juga turut diuji dengan bencana banjir luarbiasa di beberapa negeri yang melibatkan kemusnahan jumlah nilai harta benda yang tidak dijangka malah turut mengorbankan nyawa.
Akibat dari kedua bencana yang melanda, bukan sahaja ekonomi negara merosot dengan teruk tetapi kesannya juga kepada ekonomi rakyat. Ramai yang kehilangan kerja akibat banyak perniagaan terpaksa gulung tikar kerana virus membunuh tersebut. Dua tahun rakyat mengharungi ujian dan negara turut berada di ambang kemerosotan ekonomi yang kritikal.
Apabila Ismail Sabri mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Muhyiddin Yassin. Perkara utama yang boleh dilihat oleh rakyat apabila Dato Seri Ismail Sabri menjawat jawatan Perdana Menteri adalah bagaimana PM Ismail Sabri menjadikan permasalahan rakyat sebagai perkara paling utama.
Langkah pertama PM Ismail Sabri adalah membuka semula dengan segera ekonomi domestik yang turut terjejas teruk akibat impak covid19.
Kerajaan di bawah pimpinannya membuat keputusan tersebut dengan berhati-hati supaya di dalam waktu yang sama keluk penularan virus tersebut dapat dibendung. Keputusan itu begitu melegakan rakyat dan hasilnya, ekonomi domestik dan juga negara mula menunjukkan graf yang memberansangkan.
Tahun Ini Ismail Sabri jadikan Hari Raya Aidil Fitri sebagai hadiah bermakna untuk rakyat. Sebelum bulan Ramadhan lagi PM Ismail Sabri sudah membuat kenyataan bahawa tahun ini (2022), rakyat terutamanya yang beragama Islam bakal berhari raya di kampung halaman.
Kelonggaran prosedur operasi standard covid19 juga dibuat agar negara dan rakyat lebih bersedia untuk memasuki era endamik. Fasa peralihan yang penting bagi rakyat melalui proses kelansungan hidup.
Negara akan stabil dan makmur apabila emosi rakyat tidak terganggu dan diganggu, PM Ismail Sabri berjaya melalui fasa yang amat penting ini.
Mengurus emosi rakyat juga adalah faktor penting bagi ukuran kejayaan seseorang perdana menteri.