KENAPA UMNO TERENGGANU UMUM BERTANDING SOLO PRU 15


UMNO TERENGGANU pada awalnya telah bersetuju dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan TOP 5 UMNO pusat dengan berlapang dada dalam pembentukan Muafakat Nasional (MN) yang dimenterai pada 14 September  2019 yang lalu walaupun ada kesan berbekas didalam hati.

Banyak perkara boleh dirungkaikan dalam mesyuarat dalaman MN yang dipengerusikan oleh 2 Timbalan Presiden UMNO dan PAS ketika itu dan ianya berjalan baik dalam perjalanan politik parti masing-masing.

Disebabkan beberapa kenyataan kepimpinan PAS yang cuba untuk bermain politik dalam suasana MN baru sahaja bertapak di dalam arena politik tanah air dan adanya pertuturan ingin menjadi jaguh dalam kalangan mereka sendiri telah mengagalkan MN di Terengganu sampai ke hari ini.

Berpunca pada tanggal 18.7.2020, Naib Presiden PAS yang juga Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Samsuri Mohktar telah mengumumkan akan mempertahankan kerusi yang PAS menang dalam PRU 14 lalu dalam satu majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Pas kawasan Dungun.

Katanya dalam majlis itu, Pas sebagai salah sebuah parti yang menjadi komponen kepada Perikatan Nasional, PAS perlu bijak untuk berdepan dengan pelbagai latar belakang rakan parti dengan ideologi berbeza.

“Sebagai ketua pasukan perunding yang akan berunding dengan UMNO dan BERSATU, saya akan memastikan supaya enam kerusi parlimen kekal milik PAS Terengganu, insyaAllah”, tegasnya.

LINK 1 : https://buletinonlines.net/v7/index.php/pas-terengganu-pertahan-enam-kerusi-parlimen/

LINK 2 : https://www.terengganureport.com/2021/02/pas-tanding-20-kerusi-parlimen-pru15.html

LINK 3 : https://www.terengganureport.com/2021/03/pas-mahu-tawan-tiga-lagi-kerusi-dun-di.html

Manakala di Chukai Kemaman, Exco Kerajaan Negeri merangkap Adun Chukai Hanafiah Mat turut mengumumkan bahawa Pas akan bertanding disemua kerusi yang mereka menangi ketika dalam satu majlis bersama pemuda bermotor di Chukai Kemaman.

Selepas itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said memberi respon pantas berkaitan isu berkenaan dan mengumumkan akan meletakkan semua calon Barisan Nasional (BN) di 32 kerusi DUN dan 8 Parlimen.

Katanya, bukanlah kali pertama kerana sebelum ini Ahmad telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan UMNO akan bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN pada PRU15.

“Saya terpaksa isytihar sebab apabila exco Pas Hanafiah (Mat) sebut di Kemaman dia akan pertahanan 22 daripada 30 kerusi, kemudian Menteri Besar pula sebut di Dungun Pas akan pertahan enam daripada lapan kerusi Parlimen.

“Dah apa yang tinggal… maknanya tak ada pilihan, lawan semualah,” kata Ahmad.

Terengganu mempunyai lapan kerusi Parlimen dengan enam daripadanya dimenangi Pas iaitu Marang, Kuala Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman.

UMNO memenangi dua kerusi iaitu Besut dan Hulu Terengganu, namun kerusi Hulu Terengganu kemudiannya berpindah menjadi milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) setelah Datuk Rosol Wahid isytihar keluar parti dan menyertai Bersatu.

LINK 4 : https://mykmu.net/2021/04/03/no-way-cukup-sampai-di-sini-sayang-ahmad-said-umno-terengganu-umum-tanding-semua-kerusi-parlimen-dun/ 

LINK 5 : https://www.astroawani.com/berita-politik/umno-terengganu-ulang-pendirian-enggan-kerjasama-dengan-pas-dalam-pru15-331431

LINK 6 : https://malaysiadateline.com/umno-terengganu-lebih-yakin-pas-mungkin-tumbang-pru-15/

Beberapa hari ini juga, terdapat media memainkan isu MN yang terkubur di Terengganu dan membandingkan kehendak  BN Selangor yang mahukan MN terus diperhebatkan demi kuasa politik melayu di negeri tersebut.

Geografi politik kedua-dua negeri tersebut amat berbeza yang mana perbezaan itu ibarat langit dan bumi.

Pas di Selangor memerlukan UMNO untuk terus bertapak dinegeri itu selepas PRU 15 nanti manakala Pas di Terengganu mempunyai ego, kesombangan yang tinggi untuk duduk berbincang dengan UMNO Terengganu kerana mereka ingatkan mereka sudah kuat selepas memenangi 20 kerusi Dun dan 6 kerusi Parlimen selepas PRU 14 lalu.

Skrip wayang meraka sama sahaja dengan skrip pada tahun 1999-2004 yang lalu, baham sehingga rapat jikk (kata orang Terengganu) sehinggakan menafikan hak rakyat untuk mendapat kelebihan daripada hasil bumi sendiri.

Pas Terengganu diakui antara Pas paling toruk, tamak, rasuah, penipu dan munafik?

LINK 7 : https://malaysiagazette.com/2021/11/04/sekarang-sudah-terjawab-kenapa-umno-terengganu-tolak-muafakat-nasional-nik-dir/

LINK 8 : https://www.astroawani.com/berita-politik/tiada-kerjasama-antara-umno-dan-pas-di-terengganu-ahmad-said-308690

LINK 9 : https://www.sinarharian.com.my/article/117434/BERITA/Politik/UMNO-Terengganu-lulus-usul-tolak-kerjasama-dengan-Bersatu



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.