SEJARAH kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam memacu negara selama hampir 60 tahun dahulu cukup Berjaya dengan dasar-dasar yang dilakukan demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat keseluruhannya.
Selepas Pilihanraya Umum ke 14 lalu, nikmat sebelum itu tidak dapat dirasai lagi oleh rakyat Malaysia selama 38 bulan lalu (22 bulan PH, 16 bulan PN) sehingga UMNO kembali menerajui negara pada 21 Ogos 2021 menerusi Naib Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 9, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.
Akhirnya rakyat Malaysia membuktikan penerimaannya dengan kehadiran lebih 100,000 orang di rumah terbuka Perdana Menteri Ismail Sabri di Laman Sari, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya beberapa hari lalu.
Trek rekod pentadbiran BN dan UMNO diterima baik keseluruhan rakyat jika tiada adu domba serta fitnah yang dimainkan oleh PH (PPBM, DAP, PKR, AMANAH) sebelum PRU 14 lalu dimana terbukti ianya hanya satu pembohongan atau penipuan yang sangat besar kepada rakyat Malaysia.
Setelah hampir 9 bulan Malaysia dibawah kepimpinan Ismail Sabri banyak melakukan perubahan dasar politik dan juga kesejahteraan ekonomi serta mengembalikan keyakinan rakyat dan pelabur untuk terus menyokong kestabilan yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri ketika ini.
Dengan dasar #KeluargaMalaysia yang dibawa oleh Ismail Sabri banyak membuka mata kawan dan lawan terutama dari segi gerakan politik yang kini menuju fasa akhir sebelum menjelangnya PRU 15 yang akan berlaku bila-bila masa sahaja lagi.
Rakyat semakin berkeyakinan dengan kepimpinan Ismail Sabri dan BN untuk terus menerajui negara sepertimana yang telah dilakukan oleh kepimpinan BN selama 60 tahun lalu membangunkan negara sehingga kini.
Dengan kelebihan yang ada pada Ismail Sabri, sikap tenang, ramah dan tidak terburu-buru membuat keputusan membuatkan kawan serta lawan tiada sudut lagi untuk menyerang beliau ketika ini dan terus memacu negara, parti kearah yang lebih baik dari 38 bulan yang lalu.
Dedikasi itu dilihat sebagai satu penghalang kepada musuh politik untuk menyerang beliau serta serangan itu telah beralih arah kepada orang-orang disekeliling pentadbiran beliau ketika ini seperti mana yang tular beberapa hari lalu seperti Pegawai kanan PM, setiausaha-setiausaha sulit, Setiausaha Politik PM , pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai PM sudah mula dijadikan bahan serangan musuh.
Kepimpinan Ismail Sabri terbukti cemerlang apabila adanya serangan-serangan politik kerarah mereka yang berada disekeliling beliau yang mana untuk menidakkan keupayaan beliau terus memacu negara kerah yang lebih baik dan gemilang.
Sebelum ini juga kepimpinan utama negara yang membawa panji BN dalam kerajaan tidak terlepas dari fitnah yang dicipta dan membuatkan rakyat sebahagiannya percaya dengan apa yang meraka (PH) lakukan, katakan dan sebaliknya selama 38 bulan apabila mereka diberikan peluang mentadbir negara, akhirnya mereka merosakkan negara yang sebelum ini rakyatnya hidup aman, makmur dan sejahtera.