KONSPIRASI SRC BAKAL MELONDEHKAN KEPIMPINAN PAKATAN HARAPAN?


PAKATAN HARAPAN (PH) sedang bermain wayang dengan kes penghakiman Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang mana hakim yang mengendalikan kes beliau adalah salah seorang yang terlibat dengan kelulusan pengeluaran wang dari SRC International Sdn Bhd (SRC International) berjumlah RM42 juta.

Apakah yang pemimpin Pakatan Harapan sedang laku kan diwaktu ini?

Apa mesej yang cuba diberi tanpa sengaja oleh Anwar , Lim Guan Eng , Ambiga ,Mahathir dan Bar Council kepada rakyat?

Begitu juga mereka mereka yang pro Nazlan cuba sampaikan kepada rakyat?

Mereka membela salah laku Rasuah?

Itukah mesejnya

Apa yang sangat ditakuti jika di dakwa dalam gelanggang sendiri?

Ada kah benar kata kata netizen bahawa bukan takut kepada kena hukum tetapi takut kepada soal jawap dalam mahkamah

Itu sebenar nya.

Berikut adalah kronologi kes berkenaan.

4 Julai 2018 - Najib didakwa buat pertama kali di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan CBT dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta. Kes kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

8 Ogos 2018 - Najib didakwa di Mahkamah Tinggi atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana sama (RM42 juta daripada SRC International) yang merupakan hasil kegiatan haram.

3 April 2019 - Perbicaraan bermula selepas Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan Najib untuk mengisytiharkan tujuh pertuduhan terhadapnya sebagai tidak sempurna.

27 Ogos, 2019 - Pendakwaan menutup kesnya selepas 58 hari perbicaraan dan mendengar keterangan 57 orang saksi.

11 Nov 2019 - Mahkamah Tinggi memerintahkan Najib membela diri terhadap semua tujuh pertuduhan selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan terdapat unsur menggunakan kedudukan, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

3 Dis 2019 - Najib memberi keterangan membela diri di Mahkamah Tinggi sebagai saksi pertama pembelaan bagi menjawab pertuduhan terhadapnya.

11 Mac 2020 - Selepas 19 saksi memberi keterangan sepanjang 33 hari, pembelaan menutup kesnya.

28 Julai 2020 - Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah ke atas semua tujuh pertuduhan.

19 Okt 2020 - Najib memfailkan petisyen rayuan yang mengandungi 307 alasan beliau sepatutnya dibebaskan daripada semua pertuduhan.

5 April 2021 - Rayuan terhadap sabitan dan hukuman bermula di Mahkamah Rayuan.

18 Mei 2021 - Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusannya ke satu tarikh yang ditetapkan kelak selepas selesai mendengar hujah kedua-dua pihak yang berlangsung selama 15 hari.

23 Nov 2021 - Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Dis untuk keputusan rayuan itu. Najib memfailkan permohonan supaya ditangguhkan keputusan rayuannya kerana perlu menjalani kuantin kendiri selama tujuh hari sehingga 12 Dis setelah kembali dari Singapura dan hanya boleh hadir di mahkamah atau perhimpunan awam mulai 13 Dis.

24 Nov 2021 - Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk menangguhkan tarikh keputusan rayuannya.

2 Dis 2021 - Najib Tun Razak memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan supaya membenarkan bukti baharu dikemukakan dalam rayuannya termasuk daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki.

3 Dis 2021 - Mahkamah Rayuan menetapkan 7 Dis untuk mendengar permohonan memasukkan bukti baharu.

7 Dis 2021 - Mahkamah menolak permohonan Najib untuk menangguhkan prosiding permohonannya dan keputusan rayuan yang ditetapkan pada 8 Dis berikutan peguam pasukan pembelaan menjadi kontak kasual dengan individu yang disahkan positif COVID-19.

8 Dis 2021 - Keputusan rayuan Najib dijalankan secara dalam talian kerana Najib dan peguamnya menjalani kuarantin.

Peguam utama Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata mereka akan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan sebelum ini.


Soal jawap boleh melondeh dan mendedahkan konspirasi bahaw Najib Razak telah di “framed” dengan kes yang dicipta khas untuk memenjarakannya.

Itu lah yang sangat ditakuti oleh pemimpin PH kerana ia secara tidak langsung hilang merit kepada dakwaan dan hukuman yang dikena kan terhadap DSNR.

Kes Najib  boleh gugur serta merta.

“Bottom line” atau konklusinya ada lah pemimpin Barisan Nasional telah dikenakan hukuman secara tidak adil oleh hakim yang dipasang oleh mahkamah kerajaan Pakatan harapan.

Itu lah yang PH dan pemimpin nya sangat takut dan gusar tidak boleh tidur malam.

Natijah kepada perbuatan ini, maka berlumba lumba lah mereka yang penjilat dan yang ada motif tertentu berebut buat kenyataan yang tidak releven berkenaan judisiari vs SPRM dan sebagai nya.

Sedangkan isu hanya berkenaan seorang hakim yang menjatuh hukum kepada Najib Razak ada memiliki bagasi jelek dan kredibiliti nya “suspicious” dan tiada merit serta “questionable” kredential nya.

Jika hakim sendiri memilik bagasi jelek, apakah kenyataan hukuman nya boleh diguna pakai?

Pada keseluruhan isu ini, pemimpin Pakatan Harapan serta Bar Councul menjadi teladan tidak baik kepada rakyat dengan menyatakan mereka sokong hakim berpotensi ada kes sogokan,yang cuba di halang disiasat dan didakwa di gelanggang sama yang Najib Razak lalui.

Belum disoal dimahkamah pun sudah gelabah seolah olah PH ada kesalahan dan maklumat yang tidak mahu rakyat ketahui.

Jika dulu bangga dengan kempen “NOTHING 2HIDE” hari ini ketakutan dan ada “EVERYTHNG 2HIDE” pula.

Jangan salah kan rakyat jika rakyat beranggapan badan kehakiman dan judisiri milik pemimpin PH.

Jangan salahkan rakyat juga jika setiap hukuman dari hakim tidak lagi dipercayai oleh rakyat kerana tingkah laku pemimpih PH dan Bar Council serta Mahathir.

Dengan membela hakim yang sepatut nya didakwa ,maka meseg bahawa PH membela salah laku hakim dan para hakim terhutang budi dengan pemimpin PH , ada lah  meseg tidak elok kepada rakyat.

Sambil itu, menipu rakyat konon nya persoal salah laku seorang Hakim di terjemah sebagai serangan terhadap seluruh judisiari dengan jargon jargon perundangan untuk perbodohkan rakyat jelata.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.