Ditambahkan pula dengan harga barangan keperluan hari setiap hari semakin meningkat yang mana adanya segelitir kartel-kartel yang memanipulasi harga barangan tersebut.
Sejak dahulu lagi, kerajaan harus berdepan dengan mereka semua demi menjaga kesejahteraan rakyat seluruhnya dan sentiasa menerima ugutan-ugutan yang tidak munasabah untuk dipenuhi.
PM Ismail Sabri yang pernah memimpin beberapa kementerian yang penting dalam dalam kerajaan bagi memastikan keperluan harian rakyat terus terbela dan diantaranya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pernah menjawat Menteri Belia dan Sukan.
Pada tahun 2014 lalu, beliau sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengisytiharkan 2014 sebagai tahun 'perang jihad' terhadap penguasaan orang tengah yang selama ini mengaut keuntungan daripada hasil titik peluh nelayan dan sewaktu dengannya ketika itu.
Manakala pada tahun 2009 hingga 2013 beliau juga pernah memimpin Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan sememangnya beliau begitu tahu kenaikkan harga semasa dan sebagai PM beliau telah menggunakan pengalaman-pengalaman tersebut untuk terus memacu negara serta melihat rakyat hidup dalam suasana sejahtera dan harmoni.
Kini beliau membuat keputusan yang sangat tepat dalam menjaga kenaikkan harga barangan yang mendadak sekaligus menstabilkan harga barang dalam pasaran domestik negara.
Dengan pemansuhan permit import (AP) baru-baru ini juga telah menjadi satu kelegaan kepada rakyat dimana tiada lagi sesetengah orang yang menguasai dan menjadi kertel barangan tertentu.
Keterbukaan PM Ismail Sabri dalam menjana ekonomi negara bermulanya dengan dasar-dasar yang dibawa dalam Keluarga Malaysia secara menyeluruh dan ianya perlukan sokongan serta dokongan rakyat untuk keseluruhannya.
Dalam masa yang sama Ismail Sabri mengarahkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyegerakan pembayaran subsidi harga ayam sebanyak 60 sen kepada penternak sebagaimana dijanjikan kerajaan sebelum ini.
Dalam satu kenyataan, MAFI memaklumkan setakat ini hanya RM50 juta subsidi telah dibayar walaupun sebanyak RM729.43 juta subsidi disediakan di bawah Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia sejak 5 Feb lepas, selaras penetapan harga siling ayam standard pada harga RM8.90 per kilogram.
Sebelum ini juga PM turut mengumumkan tawaran tol percuma itu akan bermula pada pukul 12 tengah malam 30 April (Sabtu) sehingga 11.59 malam 1 Mei (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.
Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, pemberian tol percuma di Lebuhraya Utara - Selatan dan LPT juga akan diberikan juga untuk pulang semula ke kediaman masing-masing.
Ia bermula pada jam 12 tengah malam pada 7 Mei 2022 (Sabtu) hingga jam 11:59 malam pada 8 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.
Sementara itu, tawaran diskaun tol antara 30 peratus dan 50 peratus akan diberikan kepada lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama kepada semua kelas kenderaan.