PEMILIHAN UMNO BOLEH DIADAKAN TANPA EGM KHAS


PAU KHAS (EGM) PINDA PERLEMBAGAAN UMNO 2022

USUL pinda perlembagaan UMNO dalam fasal 8 (8.2) dan 8.5 adalah satu perkara yang akan menjadi keutamaan kepada perwakilan apabila ianya dibentangkan pada 15.5.2022 ini dengan kehadiran 2 ribu lebih perwakilan.

Perhimpunan Agung UMNO khas ini bertujuan mendapat mandat perwakilan UMNO seluruh negara bagi membolehkan satu pindaan yang akan dimasukkan dalam perlembagaan parti itu.

Antara usul yang menjadi keutamaan UMNO ketika ini adalah mengadakan pemilihan parti selepas 6 bulan pilihanraya umum berlangsung dan dijangka akan memberi kesepaduan, kejituan, keharmonian serta kestabilan didalam parti UMNO itu sendiri.

Dalam perlembagaan UMNO cukup jelas, detail serta tersusun setiap baris dan kenyataan didalam kandungan perlembagaannya dimana memudahkan organisasi itu melakukan pelbagai aktiviti yang mana mengikut perlembagaan dan undang-undang negara.

Sesiapa yang cuba memutarkan dan mengelirukan ahli UMNO sepatunya diambil tindakan yang sewajarnya jika ianya berasakan dalam organisasi UMNO itu sendiri.

Demokrasi yang ada dalam UMNO bukanlah satu tiket untuk mana-mana ahli serta kepimpinan sewenang-wenangnya memutar belit fakta sebenar.

UMNO mempunyai kumpulan penguamnya sendiri untuk membantu dan menganalisis setiap apa yang dibuat dengan pelbagai pindaan perlembagaan parti itu dan tidak akan menyalahi sistem yang sedia ada.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/12/12/pemilihan-umno-boleh-buat-nov-tahun-depan-kata-tok-mat/ 

Menurut Tok Mat, pemilihan Umno boleh diadakan Nov tahun depan dengan pemilihan peringkat cawangan diadakan paling lewat pada Julai, menurut Timbalan Presiden Mohamad Hasan.

Beliau berkata, perkara itu dinyatakan selepas mengambil kira situasi pemilihan Umno yang perlu diadakan sebelum hujung tahun depan, termasuk keperluan untuk parti menyelesaikan aduan diterima ketika pemilihan berlangsung.

“Pemilihan parti ini memang perlu diadakan tahun depan, sebab penggal yang ada ini akan berakhir sehingga hujung Disember 2022 nanti. Jika habis penggal hujung tahun, pemilihan di peringkat cawangan perlu diadakan awal iaitu selewat-lewatnya bulan Julai mesti diadakan.

“Dua bulan lagi untuk kita tangguhkan mesyuarat di antara cawangan dan juga bahagian kerana semasa musim pemilihan ini, macam-macam perkara, aduan-aduan mesti kita selesaikan dahulu sebelum kita adakan mesyuarat perwakilan bahagian,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.