AKIBAT Malaysia selalu sahaja dengan masalah pembekalan barangan makanan yang tiada penyelesaian sejak akhir-akhir ini dan mengakibatkan harga barangan yang tidak menentu ditambah rakyat yang menerima kesannya maka hari ini satu pengumuman besar telah dikakukan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.
Rakyat dan juga pembekal barangan makanan boleh membuat pilihan yang terbaik untuk memiliki sesuatu barang dengan harga yang lebih rendah dengan pengumuman pemansuhan permit import (AP)oleh perdana menteri sebentar tadi.
Kini rakyat dapat melihat Ismail Sabri pantas bertindak menangani isu kenaikan harga bahan makanan yang disebabkan oleh kekurangan bekalan.
Kerajaan Keluarga Malaysia Ismail Sabri bersetuju memansuhkan keperluan AP terhadap bahan makanan berkuat kuasa serta-merta. Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan beliau dan memastikan bekalan makanan negara mencukupi.
Pemansuhan AP bahan makanan berkenaan membolehkan sesiapa sahaja mengimport makanan ke negara ini sebagai antara usaha menangani isu keperluan makanan.
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan mengumumkan secara terperinci berkenaan pemansuhan AP untuk bahan makanan tersebut.
"Kalau dulu ada bermacam-macam AP, mulai hari ini tiada AP diperlukan. Sesiapa sahaja boleh mengimport makanan untuk memastikan kita cukup bahan makanan," kata Ismail Sabri dalam satu majlis.
Semoga langkah drastik ini mampu mengatasi masalah bekalan makanan dan kenaikan harga dengan lebih berkesan. Keluarga Malaysia mampu tersenyum semula.