Ketika di kemuncak kuasanya sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia, Rafidah Aziz yang juga menteri MITI dilihat begitu kuat dan ampuh malah ada beranggapan bahawa amat sukar untuk jatuhkan beliau sebagai ketua pergerakan sayap UMNO tersebut ketika itu.
Mendapat jolokan "iron lady" ketika memimpin sayap wanita UMNO dan menguasai kementerian MITI kononnya berjaya membawa pelaburan masuk ke negara namun itu semua berlaku di zaman media hanya mempunyai ruang lingkup yang begitu kecil. Ketika era Rafidah, ianya bukan zaman internet dan berita ‘di hujung jari’. Rakyat tidak mengetahui dengan jelas jumlah pelaburan sebenar yang berjaya dibawa balik.
Satu perkara yang jelas, sekiranya Rafidah betul-betul berjaya, kenapa hanya sebilangan kecil sahaja kilang atau syarikat dari luar negara memilih Malaysia sebagai pengkalan atau hub pelaburan mereka? Nilai impot tahunan juga tidak menunjukkan angka yang boleh dibanggakan.
Apa yang rakyat boleh saksikan adalah bagaimana Rafidah membina rangkaian syarikat impot kereta dengan pengeluaran AP yang dikuasai sepenuhnya oleh kroni sehinggakan beliau digelar ‘Ratu AP’ dan akhirnya Rafidah tewas di dalam pemilihan parti kepada pencabarnya Shahrizat Jalil pada tahun 2009. Kenapa beliau tewas sedangkan dicanang betapa hebat dan berjayanya beliau sebagai menteri?
Rupanya ahli UMNO sudah muak dan cuak dengan lakonan keberjayaan beliau sedangkan hakikatnya pelabur ketika itu mula menjauhi Malaysia kerana polisi yang semakin tidak mesra penanam modal luar dan Rafidah sebenarnya gagal dan kisahnya hanya berkisar kepada ‘kejayaan’ mengeluarkan AP impot kereta sahaja.
Prestasinya semakin buruk dan Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi Perdana Menteri menggantikan Mahathir, Rafidah digugurkan dari jawatan menteri. Dengan kata lain beliau tidak dilantik sebagai menteri apabila barisan kabinet baru diumumkan.
Di zaman ini, internet mencelikkan mata rakyat dan mula terbongkar kisah pembahagian AP impot kereta yang hanya menguntungkan ‘bangsa Ali Baba’ dan bukannya bumiputera. Menjual AP impot kereta bukanlah satu budaya niaga yang boleh dibanggakan tetapi ianya untuk mengkayakan diri dan anak beranak sahaja.
Kekalahan Rafidah amat memalukan kerana di pengakhirannya sebagai pemimpin UMNO, beliau gagal manfaatkan kedudukannya sebagai menteri yang senior untuk membantu ahlinya sendiri, berapa ramai wanita bumiputera berjaya melalui bantuan yang diberikan oleh Rafidah dan berapa pula ‘taukeh’ besar semakin membesar kekayaan mereka? Analisis mudah inilah yang mencelikkan mata ramai siapa Rafidah Aziz yang sebenarnya.
Kalaulah dengan menyerang Ismail Sabri melalui isu pakaian dan bahasa Melayu, Rafidah sebenarnya membuka pekung busuknya sendiri. Adakah mutiara yang tersangkut di leher dan telinga beliau berharga RM50 dan beliau memborongnya di pasar malam? Belum lagi kasut dan beg tangan yang dipakainya silih berganti setiap hari, adakah dibeli di kedai ‘bundle’?.
Rafidah Aziz akhirnya menunjukkan ‘colour’ beliau yang sebenarnya apabila tidak lagi berada di dalam kerajaan. Beliau mula menyerang dan mengkritik siapa sahaja kecuali Mahathir, anda boleh tahu kenapa. Jawapannya mudah, Mahathir yang ‘selamatkan’ beliau di dalam isu pemberian AP impot kereta.
Jika SPRM siasat maka rakyat bakal mengetahui siapa sebenarnya Rafidah Aziz.