RAKYAT MALAYSIA TERIMA BAIK PENTADBIRAN SERTA KEPIMPINAN ISMAIL SABRI

Tinjauan itu yang dilakukan oleh International Republic Institutw (IRI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) mendapati sebanyak 17 peratus yang memilih ‘sangat suka’ kerajaan yang ada pada hari ini.

Sebanyak 45 peratus responden memilih ‘agak suka’ dan 22 peratus ‘agak tidak suka’, 13 peratus ‘sangat tidak suka’ dan tiga peratus lagi ‘tidak pasti’.

Laporan portal Malaysiakini menyebut, tinjauan berkenaan melibatkan 1,207 responden warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas.


Secara keseluruhan, penerimaan rakyat Malaysia kepada teraju Ismail Sabri boleh dilihat daripada kestabilan perjalanan kehidupan negara yang stabil di seluruh negara.

Jika ada keperluan rakyat yang mendesak di mana-mana, beliau akan cepat mengambil langkah perlu untuk menyelesaikannya.

Semalam, Ismail Sabri yang baru sahaja tiba dari AS untuk lawatan kerja terus mengumumkan bahawa permit import (AP) untuk bahan makanan dimansuhkan serta-merta.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikannya, bagi memastikan bekalan makanan negara mencukupi. Ia berikutan di beberapa lokasi terdapat kekurangan bahan makanan seperti tepung gandum.

Pemansuhan AP itu akan membolehkan sesiapa sahaja mengimport makanan ke negara ini.

“Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan mengumumkan secara terperinci tetapi kita setuju tadi tiada lagi AP untuk bahan makanan.

“Kita buka kepada sesiapa sahaja mengimport makanan ke negara ini.

“Kalau dulu ada bermacam-macam AP, mulai hari ini tiada AP diperlukan. Sesiapa sahaja boleh mengimport makanan untuk memastikan kita cukup bahan makanan,” kata Ismail Sabri.

Empat hari lepas di Amerika, beliau yang juga Ahli Parlimen Bera dengan tegas meminta Washington bersikap jujur dalam menyelesaikan isu kekejaman yang dihadapi oleh rakyat Palestin.

Menurut Perdana Menteri, pendirian tegas perlu diambil bagi menyelesaikan krisis yang telah berlarutan sejak sekian lama.

“Jadi kita bersetuju Malaysia meminta AS menggunakan kuasanya dan memastikan isu Palestin ini dapat diselesaikan.

“Kalau AS begitu cepat bertindak dalam kes yang berlaku di Ukraine, kita hendak yang sama juga bagi menyelesaikan isu di Palestin,” katanya dalam sidang media lawatan rasmi beliau ke Washington DC pada 14 Mei lepas.

Sebelum ini banyak lagi langkah yang diambil demi untuk menyelesaikan masalah rakyat dalam negara.

Oleh sebab itu, rakyat Malaysia sekarang lebih menyenangi teraju Ismail Sabri berbanding Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.