RAKYAT TIDAK PERCAYA LAGI KATA-KATA MAZLEE MALIK

 

Nama Maszlee Malik sudah tidak relevan dalam politik tanahair. Menyedari diri sudah tidak mendapat perhatian rakyat, Maszlee Malik dilihat cuba meraih populariti dengan membuat cerita bohong berkenaan lawatan Datuk Seri Ismail Sabri ke Amerika Syarikat.

Mungkinkah beliau yakin bahawa rakyat Malaysia akan mempercayai pembohongan tersebut? Jika ada sekelumit perkara tersebut maka Maszlee sangat memandang rendah rakyat Malaysia.

Beliau adalah antara contoh wakil rakyat yang teramat gagal. Tidak pasti beliau dipilih kerana ada PhD atau kerana beliau dilahirkan sebagai pemimpin masyarakat. Mahathir yang memilih beliau dan akhirnya apabila menjadi menteri, ideanya tidak memberi impak yang sepatutnya malah beliau adalah satu-satunya menteri yang dibuang oleh Mahathir ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan apabila menang pilihanraya umum ke 14.

Baru-baru ini beliau mencuba nasib di bawah parti Anwar Ibrahim bagi kerusi DUN di pilihanraya negeri Johor baru-baru ini dan kalah. Itulah penanda aras penerimaan pengundi terhadap beliau walaupun beliau sekarang sebagai ahli parlimen Simpang Renggam.

Bukan sekadar terkenal dengan menipu dan membohongi pengundi dengan janji tol percuma tetapi hanya bertemu rakyat bila ada kepentingan peribadi.

Seorang yang tidak membawa cerminan pemegang PhD apabila suka membawa isu yang kabur, isu ‘fake’ dan masih kekal suka memfitnah.



Semalam beliau memalukan diri sendiri apabila menyerang PM Ismail Sabri dengan ciapan twitter miliknya. Serangan fitnah dengan menggunakan gambar yang diubah suai. Samada sengaja atau sebaliknya itu beliau sendiri yang tahu.



Maszlee lupa, beliau ke Jepun hanya sekadar melawat tadika ketika beliau adalah menteri pendidikan dan beliau juga ke Amerika Syarikat mengiringi Mahathir selepas itu, apa yang rakyat dapat?

Rendahnya mentaliti wakil rakyat ini. Memalukan rakan-rakan wakil rakyat yang lain. Banyak perkara boleh dikongsi supaya memberi manfaat kepada rakyat dan negara, fitnah juga menjadi pilihan beliau untuk popularkan diri.

Apa yang pasti, rakyat Johor tolak Maszlee. 

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.