RUMAH TERBUKA AIDILIFITRI PM CATAT SEJARAH


RUMAH Terbuka Aidilifitri Keluarga  Malaysia Perdana Menteri Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob mendapat sambutan luar biasa dari pelbagai lapisan masyarakat dan keluarga berbilang kaum.


Lebih 100,000 orang menghadiri rumah terbuka PM yang diadakan di kediaman rasmi Laman Sari, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya semalam.

Walaupun bermula jam 10 pagi, namun ada yang sudah beratur dua jam sebelum itu.

Menurut Ismail Sabri, beliau cukup seronok dapat bertemu dengan Keluarga Malaysia yang pelbagai  kaum dan warna kulit berkumpul menikmati juadah bersama-sama sebagai sebuah keluarga.

"Terima kasih semua, kerana sudi hadir untuk beraya bersama-sama"

"Sungguh, ia satu memori yang amat bermakna kepada saya yang pasti saya ingati sampai bila-bila", katanya dalam dalam satu kenyataan facebook rasmi beliau.

Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan rumah terbuka Aidilifitri tersebut.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.