SIAPA MENANG DEBAT AKAN BERSAMA ANWAR, ITU PILIHAN YANG PKR ADA?


CARA Rafizi Ramli tampil dengan formula-formula songsang gagal mempopularkan diri beliau sendiri. Malah beliau menjadi bahan kutukan memandangkan formula beliau ketika PRU 14 ternyata penipuan semata-mata.

Kini Rafizi dilihat cuba meraih populariti dengan berdebat pula dengan Saifuddin Nasution Ismail. Dua calon timbalan presiden PKR ini akan berdebat pada 11 Mei ini.

Pogram selama 90 minit dengan tajuk "Berani Semuka: Siapa Layak Bersama Anwar" akan disiarkan secara langsung di semua platform organisasi berita Sinar Harian.

Ketua Pengarang Kumpulan Rozaid Ahmad berkata, program itu tepat pada masanya dengan pemilihan PKR kali ini dilihat sebagai petunjuk kepada barisan kepimpinan baru yang bakal menggantikan presidennya, Anwar Ibrahim.

Program itu akan mejadi pentas menguji kewibawaan Saifuddin dan Rafizi dalam berhujah mengenai isu semasa serta soal kepimpinan dan masa depan PKR, kata Rozaid dalam kenyataan.

Sementara itu, dua bekas aktivis mahasiswa yang bersaing bagi jawatan ketua pemuda PKR, Fahmi Zainol dan Adam Adli Abdul Halim akan berdebat sehari sebelumnya, iaitu pada 10 Mei. Debat tersebut akan disiarkan di Astro Awani.

Dalam pemilihan kali ini, Anwar mengekalkan jawatan sebagai presiden bagi penggal 2022-2025 tanpa dicabar.

Lebih 1.2 juta ahli parti layak mengundi secara dalam talian atau fizikal pada pemilihan yang dijadualkan berlangsung dari 13 hingga 22 Mei ini.

Kongres nasional pula akan diadakan pada 10 hingga 12 Jun.

Persoalannya, adakah parti PKR masih relevan lagi memandangkan misi penubuhan parti tersebut semata-mata untuk membebaskan Anwar Ibrahim. Beliau kini sudah bebas. Parti tersebut sudah boleh bungkus. 

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.