TIDAK AKAN MUDUR SESEBUAH NEGARA APABILA MENGGUNAKAN BAHASANYA SENDIRI - PM


KEBANYAKKAN  negara yang mencapai status negara maju dengan mendaulatkan bahasa ibundanya sendiri sepertimana yang diwartakan oleh negara Jepun. Setiap orang yang ingin memasuki negara berkenaan dengan urusan bekerja atau belajar harus fasih berbahasa jepun.

Kita juga seharusnya membuktikan bahawa mendaulatkan Bahasa Melayu tidak mengekang kemajuan negara.

Arahan telah dikeluarkan bahawa semua surat menyurat termasuk yang melibatkan ke luar negara mesti menggunakan Bahasa Melayu yang mana telah dimulakan sejak Malaysia dibawah pentadbiran YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

 Katanya, surat yang beliau  hantar sebelum ini kepada pemimpin-pemimpin dunia juga dalam Bahasa Melayu dengan terjemahan Bahasa Inggeris. 

“Saya juga telah memulakan rundingan dua hala dengan menggunakan Bahasa Melayu, tidak ada cacatnya rundingan tersebut”

“Persidangan juga menggunakan Bahasa Melayu sewaktu Sidang Khas ASEAN-Amerika Syarikat bersama dengan Presiden Amerika Syarikat, saya juga menggunakan Bahasa Melayu”katanya.

Tambah beliau lagi, mesej yang beliau ingin sampaikan jelas diterima Presiden Joe Biden walaupun beliau berbahasa Melayu.

Sehubungan dengan itu, satu usaha mengantarabangsakan Bahasa Melayu di persada dunia sudah menjadi dasar kerajaan dan ini adalah antara satu bidang keutamaan kerangka Dasar Luar Negara Malaysia yang dilancarkan pada 7 Disember 2021, iaitu diplomasi kebudayaan.

Semoga Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu dapat dijadikan pentas memartabatkan dan mengantarabangsakan Bahasa Melayu yang menjadi kebanggaan dan identiti kepada Keluarga Malaysia. Tahniah kepada rakan-rakan dari lebih 20 negara yang sudi memberi buah fikiran mereka dalam simposium ini.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.