USAHA DALAMAN PAS KUBURKAN WARISAN NIK AZIZ?

 


Angin bertuip kencang, kera dan berok juga nampaknya turut membantu supaya pokok kekal bergoyang, itulah ayat-ayat yang mula viral di warong dan kedai kopi di Kelantan terutama ketika sesi makan nasi berlauk pagi.

Dari Pasir Puteh hinggalah ke Rantau Panjang, semuanya berkisar bagaimana keluarga Nik Aziz bakal diketepikan di dalam lingkaran politik PAS.

Hanya Nik Abduh sahaja yang tinggal. Seorang lagi saudaranya Nik Omar sudah lama ‘dikerat’ dari PAS. Beliau dipecat dan menyertai PAN di bawah Mat Sabu.

PAS terkenal dengan parti yang kuat berdendam. PAS mula menyisihkan Nik Abduh, wakil rakyat Parlimen Bachok apabila anak kepada bekas mursyidul am, arwah Nik Aziz dilihat begitu kuat menyokong kerjasama antara UMNO-PAS. Kemudian barulah pemimpin utama PAS bersetuju UMNO-PAS diikat dengan ikatan Muafakat Nasional yang akhirnya PAS membuat keputusan menyertai Muhyiddin Yassin dan tinggalkan UMNO BN.

Walaupun Nik Abduh adalah pemimpin yang senior di dalam parti PAS namun nama beliau tidak berada di dalam senarai cadangan sebagai jemaah menteri mahu pun timbalan menteri ketika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri dan sekali lagi tidak tersenarai sebagai pilihan ketika Ismail Sabri menjadi PM.

Wakil PAS yang berada di dalam kerajaan hanyalah mereka yang rapat dengan Hadi Awang sahaja. Sebagai ‘penyedap rasa’, Nik Abduh sekadar dilantik sebagai pengerusi GLC. Malah ketika pemilihan agung PAS, Nik Abduh kalah teruk. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin At Takiri sudah dihukum bila ‘melawan’ arus.

Berlainan pula dengan anak Hadi Awang, sudah mula kedengaran bakal menjadi MB Terengganu berikutan Menteri Besar sekarang tidak menunjukkan prestasi yang baik serta terlalu banyak masa di KL. Bukan setakat rakyat, ahli dan pemimpin PAS Terengganu juga mula meluat dengan MB Terengganu sekarang yang dikatakan suka bersenang lenang di rumahnya di Bangi?

Anak Hadi Awang yang juga Adun di Terengganu menang besar di pemilihan pemimpin PAS pusat baru-baru ini. Bersamanya yang turut menang besar adalah dari kem Hadi Awang itu sendiri.

Rakyat di mana mereka memimpin masih tidak dapat merasai apa-apa selain makin terhimpit dengan kehidupan dan tertekan kerana ekonomi negeri juga semakin merosot.

Wakil rakyat exco sedang menikmati kehidupan mewah, rakyat kekal dengan 1001 permasalahan yang semakin membebankan.

Mereka asyik menyusun dinasti, anak mana yang bakal ganti bapa sebagai wakil rakyat di penggal seterusnya. Mereka merasakan akan menang besar lagi. - https://www.politikmalaysia.com/


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.