VIDEO MUHYIDDIN KATA CUKUP 119 KERUSI




BARU-baru ini negara dikejutkan dengan kenyataan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghubunginya dua bulan lalu untuk mendapatkan sokongannya untuk menjadi Perdana Menteri semula.

Presiden Parti Warisan Malaysia (Warisan) itu berkata Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau mendapat sokongan 119 ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang mempunyai 222 anggota

Percaya lah bahawa rakyat masih fobia dengan kes-kes rasuah dan penyelewengan. Oleh itu, bila timbul desas desus ada beberapa nama bekas PM yang sedang beria mahu kembali dan membuat penampilan semula sebagai PM telah membuatkan rakyat penat dengan politik.

BN pernah melalui frasa dan fasa meralihan kuasa dan ianya berjalan dengan tertib dan keterbukaan.

Sekarang adalah masa DSIS untuk menerajui negara ketika negara dalam huru-hara politik dan pandemik yang membunuh. Rakyat di utamakan dan keputusan yang tidak popular perlu diambil dan kadang-kadang mendapat tentangan dari sesetengah pihak yang tidak rasional akan tindakan dan pendekatan tersebut.

Ketika ini DSIS sedang menyelesaikan pelbagai masalah yang belum tentu dapat ditangani oleh mereka yang pernah bergelar perdana menteri sekali pun. Beliau diuji sejak hari pertama negara mengistiharkan Pelan Kawalan Pergerakan sehinggalah negara diisyiharkan beralih ke Fasa Endemik. Ianya dirancang secara terperinci dan melalui pertimbangan yang amat cermat.

Persoalannya, kenapa masih ada tindakan kurang bijak dari penyokong sesetengah pemimpin yang masih mendesak dan terus mendesak pembubaran parlimen. Dalam soal pembubaran dan tarikh pru ini telah pun diputuskan dalam PAU. Oleh itu, isu ini tidak sepatutnya timbul.

Apabila ada istilah desakan luaran secara terbuka ketika DSIS sedang berusaha membawa masuk pelaburan ke dalam negara maka ianya pasti menjejaskan usaha tersebut dan akhirnya isu nilai mata wang negara dan ekonomi bakal memberikan kesan buruk kepada rakyat.

Perlukah mereka bertindak sedemikian? Mengapa tidak boleh biarkan sistem itu berlangsung mengikut perlembagaan.  Individu seperti Zamil jangan cuba jadi pandai lebih dari pemimpin yang ada. Mereka telah terbukti berjaya ketika melalui dan mengharungi waktu sukar sebelum ini.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.