VIDEO PERANG PKR, ANWAR PERLU MELAKUKAN 'FORENSIK' PARTINYA DAHULU - CABANG PORT DICKSON


PARTI Keadilan Rakyat (PKR) perlu melakukan bedah siasat (Forensik) yang lebih menyeluruh untuk mengembalikan parti itu kembali diterima rakyat yang menyokongnya sebelum ini.

Presidennya yang terkenal dengan pendebatan “FORENSIK” harus mengambil jalan yang terbaik untuk terus menerajui parti itu dan tidak sesekali menjadikan pemilihan sebagai gelanggang tinju serta kerusi terbang selepas ini.

Kali ini dipemilihan PKR Cabang Port Dickson menyaksikan insiden kekecohan sehingga memaksa pasukan polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal keadaan di Dewan Serbaguna Bandar Springhill semalam.


Proses pengundian sewaktu hujan lebat diganggu oleh protes yang dilakukan oleh kumpulan yang mendakwa bukan kumpulan 'MB'. Mereka tidak berpuas hati dengan cara pengundian yang didakwa memihak kepada calon yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.

Oleh itu, mereka mengadakan protes di pusat mengundi, sebelum berlaku pertengkaran antara kumpulan itu dan kumpulan lain. Keadaan menjadi lebih tegang sehingga memaksa campur tangan pasukan keselamatan, polis dan pasukan FRU.

Bagaimanapun keadaan kembali tenang apabila polis berjaya mengawal keadaan dan pengundian berjalan lancar walaupun berlaku 'perang mulut' di antara kumpulan terbabit.

Dalam pemilihan di peringkat cabang berkenaan, Aminuddin mencabar penyandang ketua cabang, M Ravi, yang juga Adun Sri Tanjung. Mereka berdepan dua lagi pencabar iaitu Halim Khomiza dan B Sevalingam.

Aminuddin juga bertanding bagi jawatan naib presiden PKR bersama kem Rafizi Ramli. Pemilihan PKR bermula pada 13 Mei lalu dan akan berlangsung selama 10 hari.

Kita akan menyaksikan lebih banyak kekecohan ketika pemilihan PKR ini. Acara baling kerusi itu biasa malah bertumbuk itu juga biasa bagi mereka. Lepas pemilihan mereka akan berbaik semula seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.




Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.