DAP lupa yang saksi utama kes Lim Guan Eng memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu meminta 10 peratus daripada keuntungan pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di negeri itu.
Ahli perniagaan, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, 62, yang memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi sebagai saksi pendakwaan ke-23, berkata wang rasuah berjumlah 10 peratus itu adalah daripada keuntungan yang perlu diberikan kepada Guan Eng apabila syarikatnya dianugerahkan projek berkenaan. Ini secara terang dan nyata meminta rasuah.
Tiba-tiba Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook mengkritik dakwaan Najib Razak bahawa beliau tidak dituduh mencuri dalam perbicaraan rasuahnya, tetapi hanya pengubahan wang haram, yang menyaksikan beliau tidak mendapat manfaat daripadanya.
Anthony Loke dilihat memperbodohkan diri sendiri apabila mempersoalkan sama ada Najib itu menganggap rakyat Malaysia bodoh dengan membuat dakwaan sedemikian.
Tidak ada satu sen pun duit tersebut yang Najib gunakan untuk diri sendiri atau pun keluarga beliau. Berbeza dengan Lim Guan Eng yang dikatakan meminta 10 peratus daripada keuntungan pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang.
Pada konvensyen Barisan Nasional (BN) awal bulan ini, Najib mendakwa beliau menjadi mangsa penganiayaan politik dalam perbicaraan berkaitan 1MDB yang dihadapinya dan masih berjalan.
Pada Mac, Najib memulakan saman fitnah terhadap Shamsul Iskandar Mohd Akin selepas ahli Parlimen Hang Tuah itu mendakwa beliau mencuri dana 1MDB sebanyak RM2.6 bilion untuk menampung gaya hidupnya.
Dalam menafikan dakwaan Shamsul, Najib berkata, di sebalik apa yang telah dibuktikan di mahkamah, pembangkang terus melancarkan propaganda bahawa beliau mencuri wang untuk membeli cincin dan beg tangan.
“Mereka tidak akan mengaku saya telah didakwa bawah AMLA dan bukan mencuri mahupun merompak dan dana tersebut telah dipulangkan kepada penghantar,” katanya.
Anthony Loke sudah hilang arah apabila cuba juga menggunakan isu 1MDB yang sudah lapuk dan ternyata satu rekayasa untuk menganiaya Najib.