TUKAR di media sosial beberapa hari ini dengan satu kenyataan facebook yang dimiliki oleh seorang Adun dari Terengganu iaitu YB Arifin Deraman (Adun Alor Limbat) yang juga Exco Kerajaan Negeri Terengganu Pelancongan, Kebudayaan Dan Teknologi Maklumat.
Dalam kenyataan tersebut beliau telah menipu dengan menyatakan satu kumpulan motor memanggil beliau untuk bergambar ketika beliau berhenti disebuah stesen minyak.
POSTING PERTAMA DIKELUARKAN
Dalam perjalanan pulang kerumah, singgah sebentar di stesen minyak untuk isi minyak. Habis je isi minyak, nak masuk dalam kereta tiba-tiba......
Yb!... Yb!...
Saya memaling ke belakang....
“Panggil saya ke?...
“Yelah Yb.. Yb Ustaz Ariffin ..kan?’
“Ye saya... guane tu...”
“Team saya isi minyak kat sini, kebetulan ternampak Yb... tu saya tegur tu, boleh ke ambil gambar dengan YB ni.?”
“Ooo kejut jugak saya tadi, ingatkan siapa dia, siap paki baju motor...
Ehh boleh... mari lah”.
JAWAPAN BALAS DARI SALAH SEORANG RIDER "MUTT LAH"
SELEPAS DI TEGUR, UBAH STATMENT POSTING