FITNAH DILEMPARKAN KEPADA ISMAIL SABRI, NAJIB DAN ZAHID KE PENJARA JIKA MELAMBATKAN PRU15?


BERBAGAI-bagai cara yang cuba digunakan oleh kumpulan yang cuba untuk menjatuhkan Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob. Sebagai orang parti yang setia selama ini baik ketika UMNO BN menjadi kerajaan dan sebagai pembangkang, bukan setakat ahli UMNO malah rakyat Malaysia sendiri menjadi saksi terhadap perjalanan karier politik Dato' Seri Ismail Sabri.

Di dalam sejarah kerajaan BN berkuasa di negara ini, Ismail Sabri berada di beberapa kementerian termasuk kementerian yang dekat di hati golongan muda iaitu Kementeria Belia dan Sukan. Di peringkat parti pula Ismail Sabri bermula dari bawah dan beliau juga adalah dari kilang sayap Pemuda UMNO.

Apabila UMNO BN kalah pada pilihanraya umum ke 14, ramai pemimpin yang sudah lama kononnya berjuang atas nama parti UMNO, lompat dan lari meninggalkan UMNO termasuk nama-nama besar seperti Mustapa Muhamad, Hamzah Zainuddin, Ketua Puteri UMNO Malaysia Mas Ermiyati dan banyak lagi termasuk pemimpin UMNO di Sabah.

Ketika saat kesukaran tersebut, UMNO BN memilih Dato Seri Ismail Sabri sebagai Ketua Pembangkang di parlimen malah turut dipersetujui dan disokong oleh kepimpinan parti dari blok pembangkang yang lain.

Setiap isu rakyat dan kepentingan negara berjaya dibawa oleh Ismail Sabri dan beliau dilihat begitu menyerlah pada setiap perbahasan selama 22 bulan kerajaan pakatan harapan memerintah.

Malah sekali lagi Ismail Sabri menjadi tumpuan rakyat dan dunia ketika buat pertama kalinya Malaysia ditadbir oleh kerajaan campuran dan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan Mahathir yang meletakkan jawatan.

Tumpuan terhadap beliau yang dilantik menjadi menteri kanan pertahanan dan mengetuai pasukan khas melawan pandemik covid19. Sehinggalah beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan akhirnya dipilih oleh majoriti ahli parlimen sebagai Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin.

Walaupun masih memimpin kerajaan campuran namun sebagai Naib Presiden UMNO, beliau telah membuktikan bahawa kepentingan parti diutamakan apabila wujudnya isu yang melibatkan parti seperti keterlibatannya di kesemua siri pilihanraya kecil dan dua pilihanraya negeri, Melaka dan Johor.

Bagi seorang ketua negara, Ismail Sabri berjaya membuktikan secara konsisten tidak mencampuri urusan mahkamah bagi memastikan institusi undang-undang di negara ini benar-benar tertegak dengan adil dan berpaksikan kebenaran. 

Di dalam kes yang melibatkan Zahid dan Najib, kedua pemimpin UMNO yang berjiwa besar ini sendiri meminta agar tiada campurtangan dari pihak tertentu supaya proses membersihkan nama mereka berjalan dengan adil dan saksama.

Di mana bukti fitnah jahat tersebut? Pencacai lupa apabila YAB Perdana Menteri ketika di pentas Perhimpunan Agung UMNO dan Perhimpunan Khas UMNO, Ismail Sabri membuat kenyataan yang amat jelas iaitu bersetuju dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi dan mandat perwakilan dari seluruh negara bahawa tarikh pilihanraya akan diperbincangkan di antara Top 5. 

Kenapa perlu menimbulkan polemik tarikh pilihanraya apabila dengan jelas dipersetujui oleh kesemua perwakilan bahawa Top 5 yang akan menentukannya? Bukan itu sahaja, calon Perdana Menteri yang juga Poster Boy juga sudah diputuskan.

Apa agenda tersembunyi kumpulan ini? Membunuh imej ‘Poster Boy’ UMNO BN, merosakkan nama baik UMNO yang masih dalam proses mendapat keyakinan rakyat atau kedua-duanya? Fitnah tersebut sangat melampau. Ianya fokus untuk memecahbelahkan UMNO itu sendiri.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.