HENTI MENDESAK ISMAIL BUBAR PARLIMEN, TOP 5 TAHU APA YANG MEREKA LAKUKAN


Desakan dari pihak tertentu agar Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) segera diadakan sangat kuat berkumandang.


Dalam perkara ini, PM Ismail Sabri memberi jaminan tidak akan melewatkan sesaat pun untuk mengadakan PRU-15 jika Barisan Nasional (BN) sudah bersiap siaga.

Persoalannya, kumpulan mana yang mendesak ini? Apa agenda mereka ??


Apa yang pasti,  perbincangan telah berlaku dikalangan top 5 namun keputusan masih belum dibuat. Jika keputusan telah dibuat sekali pun, tarikhnya pasti dirahsiakan.

Fakta yang perlu kita faham bahawasanya tidak pernah sekali pun PM mengeluarkan kenyataan tidak mahu mengadakan PRU15.

Ianya akan disegerakan apabila kita semua telah bersedia, semua pihak diminta agar jangan memberi tekanan kepada PM berkenaan PRU15. Beliau juga tidak boleh dipersalahkan memandangkan ianya melibatkan keputusan Top 5.

Segelintir pihak cuba memberi gambaran seolah-olah PM sedang menongkah arus dengan kepimpinan umno sedangkan mereka saling bertemu dan berbincang perihal parti.

Jangan melaga-lagakan mereka dengan sesuatu perkara yang sebenarnya tidak boleh mereka nyatakan secara terbuka sehingga sampai masanya.

Ismail Sabri juga kekal konsisten dengan pendirian beliau untuk tidak mencampuri urusan mahkamah dan memberi sepenuhnya sistem perundangan negara berfungsi dengan baik.

Ahmad Zahid dan Najib juga tidak pernah menyuarakan hasrat mahu kes mereka digugurkan malah mereka juga konsisten untuk membuktikan mereka tidak bersalah melalui sistem perundangan sedia ada.

Walaupun ada dakwaan bahawa beliau melambatkan pembubaran Parlimen kerana mahu Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak dipenjarakan dek pertuduhan mereka, ia adalah satu perbuatan memecahbelahkan UMNO.

Perlu diingat, pemimpin Top 5 UMNO bukan Ismail Sabri seorang. Ia melibatkan Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden yang ada.

Mereka yang akan berbincang dan membuat keputusan berkenaan tarikh pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada PRU15 untuk diadakan.

Perbincangan sudah pun diadakan tetapi butiran perbincangan tidak akan didedahkan kerana ia perlu dibuat secara tertutup kerana sebarang maklumat ini jika didedahkan ia akan menjejaskan kemasukan pelaburan asing ke dalam negara.

Desakan dan tekanan yang diberikan kepada Ismail Sabri pula hanya akan menunjukkan kelemahan UMNO. Sebaliknya, semua pihak termasuk UMNO perlu memberikan ruang kepada Top 5 berbincang dan mencari jalan penyelesaian melibatkan PRU15 ini.

Tidak sesuai kritikan dan rungutan disasarkan kepada Ismail Sabri hanya kerana beliau merupakan Perdana Menteri dari BN.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.