SEBELUM ini Perdana Menteri Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyatakan persetujuan untuk berbincang dengan pimpinan BN terlebih dahulu dalam menentukan tarikh PRU-15. Jawapan sudah diberi maka jika masih ada suara mendesak walaupun presiden parti juga amat maklum kenapa top 5 masih belum membuat keputusan pasti mereka tersebut mempunyai agenda tertentu.
Tambahan pula, nada Timbalan Presiden Dato' Sri Utama Mohamad Hasan yang mahu kajian dibuat bagi membolehkan keputusan tepat diambil itu ada kaitan dengan perbincangan dalam top 5 itu sendiri.
Desakan dari pihak tertentu agar Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) segera diadakan sangat kuat berkumandang.
Dalam perkara ini, PM Ismail Sabri memberi jaminan tidak akan melewatkan sesaat pun untuk mengadakan PRU-15 jika Barisan Nasional (BN) sudah bersiap siaga.
Persoalannya, kumpulan mana yang mendesak ini? Apa agenda mereka ??
Apa yang pasti, perbincangan telah berlaku dikalangan top 5 namun keputusan masih belum dibuat. Jika keputusan telah dibuat sekali pun, tarikhnya pasti dirahsiakan.
Fakta yang perlu kita faham bahawasanya tidak pernah sekali pun PM mengeluarkan kenyataan tidak mahu mengadakan PRU15.
Ianya akan disegerakan apabila kita semua telah bersedia, semua pihak diminta agar jangan memberi tekanan kepada PM berkenaan PRU15. Beliau juga tidak boleh dipersalahkan memandangkan ianya melibatkan keputusan Top 5.
Segelintir pihak cuba memberi gambaran seolah-olah PM sedang menongkah arus dengan kepimpinan umno sedangkan mereka saling bertemu dan berbincang perihal parti.
Jangan melaga-lagakan mereka dengan sesuatu perkara yang sebenarnya tidak boleh mereka nyatakan secara terbuka sehingga sampai masanya.
Akhirnya PM perlu mengkaji dan memahami kehendak Yang DiPertuan Agong kerana kuasa pemutus di tangan baginda. Sebagai seorang PM , beliau hanya boleh mencadangkan pembubaran parlimen sahaja.
Kita mungkin tidak tahu sekiranya sudah ada titah dari Tuanku yang memberikan gambaran kepada PM tetapi pasti sumpah dan ikrar seorang PM tidak akan sesekali membocorkan apa yang telah dititahkan kepada beliau.
Semua pihak diminta faham situasi sebelum mendesak secara berterusan.