Mahathir memulaukan inkuiri pasukan itu sebagai bantahan terhadap kedudukan Apandi semalam. Beliau berpendapat kononnya Apandi mempunyai percanggahan kepentingan dan sepatutnya menjadi saksi.
Pasukan petugas khas mengambil maklum dengan pendirian Mahathir untuk tidak meneruskan sesi temubual saksi bersama Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance yang dijadualkan semalam.
Kerajaan berpandangan tiada isu berbangkit berkaitan keputusan jemaah menteri pada 29 Oktober 2021 untuk melantik Apandi sebagai pengerusi pasukan petugas khas memandangkan pertimbangan sewajarnya dilaksanakan terhadap keputusan untuk menubuhkan pasukan tersebut.
Sebarang bantahan berkaitan kedudukan pengerusi pasukan petugas khas sewajarnya dibangkitkan lebih awal untuk perhatian kerajaan.
Pasukan petugas khas ini dilantik dengan tujuan spesifik untuk meninjau dan mengkaji opsyen-opsyen perundangan untuk Malaysia serta menyiasat berkaitan penarikan rayuan kes ini di International Court of Justice (ICJ) pada 2018," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Ketakutan yang Mahathir tertunjuk tersebut menjadi perbualan hangat di media sosial. Beliau bertindak keluar dari pejabat Jabatan Peguam Negara (AGC), tempat dia sepatutnya diwawancara panel salah laku tort berkaitan isu kedaulatan Pulau Batu Puteh dengan menggunakan alasan Apandi sedangkan pada 29 Oktober 2021 lagi jemaah menteri telah melantik Apandi sebagai pengerusi pasukan petugas khas tersebut.
Pasukan petugas khas ini telahpun menjalankan tugas mereka selama tujuh (7) bulan sehingga Laporan Interim telah disediakan dan Laporan Akhir serta tindakan susulan sedang disediakan oleh Pasukan Petugas Khas tersebut.
Mustahil bagi kerajaan untuk bertindak sewenang-wenang tanpa sebarang justifikasi untuk mengeluarkan Apandi sebagai pengerusi apabila jemaah menteri membuat keputusan pelantikan itu.
Pasukan petugas khas hanya ingin mendengar dan mendapatkan pandangan mengenai situasi pada 2018 apabila kerajaan menarik balik rayuan kes ini di International Court of Justice (ICJ).
Tun (Mahathir) sedia maklum akan pelantikan pengerusi pasukan petugas khas oleh jemaah menteri dan beliau sebenarnya boleh menolak untuk hadir ke sesi pagi di ACG tersebut.
Pasukan petugas khas akan meneruskan komitmen dan tanggungjawab menghasilkan laporan akhir seperti mana yang dirancang. Ia selaras dengan tujuan penubuhannya iaitu untuk meneliti hala tuju berhubung kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan serta keputusan kerajaan pada tahun 2018 untuk menarik balik permohonan semakan dan permintaan tafsiran kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.