NAJIB ADALAH KETURUNAN BANGSAWAN PAHANG


Nama beliau ialah Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Kekayaan nya tidak perlu dipersoalkan, gelaran nya pun sudah berstatus "Pembesar Orang Kaya Indera Syahbandar" daripada nenek moyang hinggalah ke beliau sebagai pewaris.... Itu baru kaya melalui susur galur sebelah ayah, belum lagi salasilah sebelah ibu nya... Terbeliak mata korang nanti lihat kekayaan keluarga belah ibunya...

Tapi itulah, mentaliti Melayu sendiri bila Melayu itu kaya mesti dituduh ambil rasuah... bila Melayu itu senang sikit mula la keluar cerita yg bukan2... merompak la... menyamun la...

____________________

- DS Najib Razak seorang Pembesar dan Bangsawan -

Tersebutlah cerita akan Najib Tun Razak yang berada kalangan orang Istana. Beliau adalah seorang bangsawan bukan seperti Tun mahathir.

Siapakah beliau sebenarnya..? Bagi yang belum tahu, Najib Tun Razak adalah bangsawan dan juga pembesar Pahang dari kalangan Pembesar Berempat... Jawatan ini diwariskan turun temurun dalam keluarga pembesar yang sudah tentunya dari nenek moyang beliau... Mereka inilah yang berada dalam Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang.

Gelaran pembesar yang dipegang oleh beliau ialah Yang Dihormat Orang Kaya Indera Shahbandar Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Gelaran yang diwaris beliau serta silsilah keturunannya selama ratusan tahun.

Berikut adalah salasilah Pembesar Orang Kaya Indera Syahbandar:

1. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-11, YAB Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10 Tun Haji Abdul Razak

2. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10, YDH Tun Haji Abdul Razak bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-9, Dato' Hussein.

3. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-9, YDH Dato' Hussein bin Awang Muhammad Taib. 

4. Awang Muhammad Taib bin Tuan Hakim Haji Andak

5. Tuan Hakim Haji Andak bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-6, Hussain

6. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-6 YDH Hussain bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-5, Jahidin @ Chalidin

7. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-5 YDH Jahidin @ Chalidin bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-3, Bediman

8. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-3 YDH Bediman bin Orang Kaya Indera Shahbandar 1, Tondek @ Tunduk. 


______________

Dato' Hussein, datuk kepada DS Najib adalah berketurunan To' Tuan, bangsawan Bugis terkenal yang datang ke Pahang pada 1772 lalu berkahwin dengan wanita Pahang.

Cicit perempuan To' Tuan iaitu To' Mas telah berkahwin dengan To' Bandar Jenal (Orang Kaya Indera Shahbandar ke-2) iaitu anak kepada To' Tondek. Bonda kepada Tun Abdul Razak pula iaitu Teh Fatimah binti Daud merupakan keturunan Sultan Hasanuddin yang memerintah Sulawesi pada pertengahan kurun ke-17 (rujuk lawatan Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10 Tun Haji Abdul Razak ke Ujung Pandang, Sulawesi pada 2 Mei 1972).

Sebab itu masa lawatan Tun Abdul Razak ke Sulawesi pada 2 Mei 1972, beliau disambut secara penuh adat dengan himpunan Hulubalang Bugis menunggu akan ketibaan beliau. Membawa makna tingginya darjat kebangsawanan keluarga Tun Razak.

So... kepada mereka2 yg menuduh #Bossku perompak penyamun pencuri wang rakyat tu... harap korang bermuhasabah diri... tanpa jawatan PM pun beliau dah kaya raya la... saja aku nak tanya, berapa banyak duit keturunan nenek moyang korang yg Najib Razak rembat...?😏

Huh..!!!

Krdt penulisan : Anak muda bangkit 2




Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.