Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) atau BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mula hilang pengaruh dari kalangan parti Perikatan Nasional (PN) dan juga rakan khemah besar bagi menghadapi PRU 15 nanti.
Sejak daripada Muhyiddin kehilangan jawatan Perdana Menteri, parti Bersatu/PPBM dilihat semakin kehilangan pengaruh di kalangan rakyat dan juga kepimpinan parti itu sendiri.
Rakyat menolak PPBM di 7 siri pilihanraya kecil dan dua pilihanraya negeri iaitu Melaka dan Johor. Paling memeranjatkan adalah kekalahan di pilihanraya negeri Johor yang disifatkan oleh Muhyiddin yang juga Presiden parti tersebut sebagai kubu paling kebal bagi mereka.
Bermula dari situlah Muhyiddin dilihat hilang fokus dan partinya hilang arah sedangkan barisan keanggotaan menteri kabinet utama adalah dari parti pimpinannya. Bahkan menteri yang bertanggungjawab terhadap ekonomi rakyat dan negara adalah dari PPBM. Kementerian yang mengawal selia harga barangan keperluan rakyat juga dari parti Muhyiddin.
Kenapa hilang arah? Jawabnya mudah, PPBM masih tidak matang dari segi pentadbiran negara dan gagal mengambil peluang mendekati rakyat walaupun pernah ditampuk kuasa termasuk ketika sekarang ini memegang portfolio utama di dalam kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri.
Sebagai Perdana Menteri yang memahami betapa kerajaan hari ini adalah bersifat campuran dari pelbagai parti politik, PM Ismail Sabri berjaya memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi rakyat dan negara sejajar dengan titah baginda Yang di Pertuan Agong di hari pertama beliau mengangkat sumpah pegang jawatan.
Adakah dengan cara ‘mengugut’ maka negara akan stabil? Apakah jawatan yang disandang untuk menunaikan amanah hanya tempat melepaskan batuk di tangga, cukup bulan terima habuan gaji?
Sepatutnya sebagai bekas perdana menteri, Muhyiddin boleh memperbaiki semula namanya apabila dilantik oleh PM Ismail Sabri sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara dan bukannya sibuk mempolitikkan suasana pemulihan ekonomi yang sedang rancak berjalan mengikut jadual.
Adakah Muhyiddin bersedia mengkhianati titah baginda?
Sepertimana laporan berita beberapa hari lalu juga mengesahkan bahawa Muhyiddin telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM dan antara intipati mesyuarat berkenan telah membincangkan kedudukan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.
Sumber dalaman Bersatu mendedahkan perkara itu dan antara dua cadangan yang didakwa dinyatakan sendiri oleh kalangan pemimpin parti tersebut dalam mesyuarat berkenaan adalah kedudukan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia ketika ini.
Bersatu berkata, kalau boleh nak (bincang) sekarang kedudukan Ismail Sabri. Sebab kalau Bersatu dapat sokongan daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Pakatan Harapan (PH), dia boleh tukar kerajaan Ismail Sabri tanpa adakan pilihan raya.
Bagaimana caranya. Itu tidak disebut. Tetapi jika difikir secara logik, caranya adalah dengan menarik sokongan.
Cuma sekarang ini Bersatu tak buat lagi sebab kalau Ismail Sabri jatuh, tidak tahu siapa yang akan naik. Jadi parti itu tidak mahu perkara itu berlaku. Sebab Bersatu memang ada niat untuk memegang kembali jawatan Perdana Menteri” dakwa sumber tersebut.
Muhyiddin yang mencadangkan KHEMAH BESAR yang mana melibatkan semua parti dalam PH(DAP,PKR,AMANAH), Warisan, Pejuang dan MUDA bersatu bagi menghadapi BN dalam PRU 15 nanti, cadangan itu juga akan mengembalikan kuasa PH 2.0 yang mana rakyat sudah merasai keperitan selama 36 bulan dibawah kerajaan PH dan juga PN.
Ditambahkan lagi kartel Azmin Ali mula berarah atau melompat mencari tapak baru bersama PBM yang mana telah disertai oleh Zuraida Kamaruddin sepertimana dilaporkan sebelum ini.
Sehubungan dengan itu semakin kuranglah pengaruh Muhyiddin dan Bersatu dalam arena politik tanah air serta jalan terakhir Bersatu akan dibubarkan suatu hari nanti yang mana sama dengan parti Semangat 46 dahulu.