PARTI PEJUANG AKAN TERBUBAR, TIADA FUNGSI DALAM PH?


Walaupun Tun Mahathir mahu UMNO dibubarkan , namun sebaliknya pula yang terjadi.

Khabar angin menyatakan , Parti PEJUANG pula bakal dibubarkan setelah tidak mendapat sambutan rakyat.

Pada PRN Johor yang lalu, jelas parti PEJUANG tidak mendapat sambutan dari rakyat dan telah hilang wang deposit disemua kerusi DUN Johor yang ditandingi nya.

Di Melaka , parti PEJUANG tidak berani bertanding.

Kekalahan dan hilang semua wang deposit di kawasan yang ditandingi nya jelas menunjukkan tiada satu kawasan pun yang ada akar umbi Parti PEJUANG.

Bagi seorang yang begitu lama kecimpung dalam politik, jenama “MAHATHIR” lansung tidak ada impak kepada pengundi kerana Tun Mahathir tiada kebaikan kepada rakyat selama menjadi Perdana Menteri selama 22 bulan.

Itu yang sangat di ingati oleh rakyat.

Jenama Mahathir lebih terkenal dengan skandal yang dicipta terhadap seteru politiknya seperti Tengku Razaliegh Hamzah, Musa Hitam , Anwar Ibrahim , Abdullah Badawi dan kemudian Najib Razak.

Selain itu hanya kisah skandal dicipta dalam kareer politik nya sahaja yang lebih popular dari jasa kepada negara.

Bagi penumbuhan ekonomi ia bukan kerana Mahathir bijak , sebalik nya ia ikut trend serantau dan dunia dan negara pesat mengikuti trend itu.

Ketika itu semua negara ASEAN berkembang maju.

Sebaik sahaja dunia dilanda krisis , Malaysia turut dilanda dan sejumlah wang negara digunakan untuk menyelematkan perniagaan kroni dan proksi dengan menubuhkan DANAHARTA dan DANAMODAL mengunakan dana rakyat.

Maka , rakyat tidak begtu merasai banyak wang kerajaan ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Maka, apabila Mahathir tubuhkan parti “butik” PEJUANG , ia tidak mendapat sambutan sepatut nya dari rakyat.

Jenama Mahathir sinonim dengan projek untuk kroni, bailout untuk kroni, maka rakyat tidak merasa perlu untuk menyokong parti baru Mahathir.

Lagipun , ia disyaki untuk kaburi mata rakyat sahaja sambil Mahathir mengharapkan Muhyiddin mencari banyak sokongan melalui PPBM utnuk kemudian menjemput Mahathir bersama.

Ia jelas dilihat apabila Muhyiddin pergi mengadap Mahathir untuk kerjasama.

Maka, dengan khabar angin yang tersebar bahawa Mahathir kecewa dengan sambutan terhadap parti PEJUANG , ia ada asas juga.


PEJUANG banyak hilang wang dengan kekalahan di Johor.

Bagaimana pula akan hadapi PRU15 dengan pelaburan wang lebih banyak ditambah dengan kos menjadi calon Parlimen lebih mahal.

Sehingga kini , Mukhriz masih tidak berada ditahap sepatut nya.

Beliau seakan “blur” dengan banyak perkar dan isu.

Mukhriz lebih kepada ‘parroting” apa yang ayah nya kata kan terutama berenaan 1MDB dan Najib.

Maka kekecewaan Mahathir ada asas , dan khabar angin yang tersebar konon nya Parti PEJUANG akan dibubar dan ahli nya akan diminta serap ke parti lain juga mungkin ada betul nya.

Apa pun kita tunggu dan lihat sahaja perkembangan selanjutnya sama ada khabar angin ini akan menjadi realiti atau sekdar kekal menjadi khabar angin sahaja.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.