BAYANGAN Pilihanraya UMUM ke 15 (PRU-15) makin menjadi bualan para politikus negara ini yang mana telah berlaku kerisauan kepada rakyat keseluruhannya.
Kebanyakan rakyat tidak mahu PRU-15 diadakan dalam keadaan ekonomi mereka yang masih belum pulih sepenuhnya selepas hampir 3 tahun berjuang dalam pendamik kesihatan (Covid 19) serta jauh sesekali memikirkan hal-hal berkaitan politik ketika ini.
Mereka mahu sesuatu yang boleh menjaminkan ekonomi diri serta keluarga yang lebih stabil manakala dalam suasana politik negara stabil dan tiada ugut mengugut antara satu sama lain terutamanya parti-parti dalam kerajaan ketika ini.
Walaubagaimanapun bagi rakyat,para kontraktor-kontraktor Melayu dan bumiputera mereka mahu jalankan kerja kontrak mereka. Peniaga-peniaga Cina juga mahu ekonomi mereka kembali pulih agar perniagaan tidak terencat oleh pergolakan politik. Keseluruhan kaum India sudah pasti mahukan kestabilan agar anak-anak mereka mampu belajar dan bersekolah seperti biasa.
Sejarah tercipta apabila kebijaksanaan Perdana Menteri ke 9 YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini telah membuat memorandum persefahaman (MoU) diantara kerajaan dan pembangkang.
Dengan ini kestabilan politik dapat dicapai. Oleh itu, kerajaan yang ada sekarang akan menumpukan sumber kekuatan kepada memulihkan ekonomi kita. Apabila ekonomi telah stabil maka Pilihan Raya Umum (PRU15) boleh diadakan pada bila-bila masa.
Jika ada mana-mana parti yang cuba mengganggu gugat kestabilan pada ketika ini, rakyat akan menghukum mereka pada PRU-15 nanti.
Oleh itu, kerajaan masih mempunyai tanggungjawab untuk memulihkan negara dari konteks ekonomi dan kesihatan pasca pandemik Covid-19.
PRU-15 bukan prioriti ketika ini. Apabila kita punyai kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan pula daripada semua parti termasuk pembangkang dengan adanya MoU dan sebagainya maka tiada sebab kenapa perlunya pilihan raya tergesa-gesa.
PRU15 mesti diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan September 2023, iaitu dalam tempoh 60 hari selepas penggal Parlimen kini terbubar secara automatik pada 16 Julai 2023.
Apa yang pasti, pihak yang mahukan PRU segera diadakan adalah golongan mereka yang melihat kepada kepentingan diri dan bukannya negara atau rakyat. Agenda peribadi mereka berkisar soal kuasa dan kedudukan. Mereka ini akan dihukum oleh rakyat.