KETIKA ini momentum Barisan Nasional (BN) tengah memuncak naik apabila diuji beberapa siri kemenangan didalam pilihanraya kecil (PRK) dan pilihanraya negeri (PRN) yang lalu membuatkan ramai kepimpinan BN serta sekutunya mahukan PRU diadakan secepat yang mungkin.
Desakan itu bertambah kuat apabila BN mengadakan konvensyen semalam dengan kehadiran seluruh kepimpinan di PWTC dan dilaungkan agar PRU dipercepatkan.
Sejarah hitam BN dan UMNO semasa PRU 14 membuatkan kehilangan kuasa memerintah negara sejak 60 tahun lalu dimana dengan janji-janji palsu daripada Pakatan Harapan(PH) sebelum itu.
Kini tidak sampai 3 tahun selepas PRU14, BN kembali menguasi kerajaan diatas pengkiatan PPBM terhadap PH dengan menarik diri menerusi ahli-ahli parlimen dari PPBM serta sebahagiannya dari PKR.
Dalam tempoh 3 tahun tersebut juga rakyat Malaysia mempunyai 3 Perdana Menteri dari kombinasi perikatan ahli-ahli parlimen dari UMNO, PPBM, PAS dan bekas ahli parlimen PKR(kartel Azmin Ali).
Tanggal 21 Ogos 2021 Perdana Menteri dari UMNO iaitu Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO telah diangkat menjadi PM ke 9 dimana telah menjalankan tugas dengan baik serta terus memacu ekonomi negera dengan jayanya.
Sekarang kelebihan kepada UMNO BN berbanding dengan parti-parti politik yang lain adalah jawatan Perdana Menteri.
Ketika ini walaupun kerajaan Malaysia adalah kerajaan campuran tetapi masih kekal tertakluk kepada perlembagaan negara. Perdana Menteri masih kekal sebagai ketua negara di dalam sistem pentadbiran dan mempunyai prerogatif di dalam membuat keputusan penting bagi menentukan halatuju negara.
Walaubagaimanapun Ekonomi rakyat dan negara perlu dipulihkan segera dan permasalahan akibat covid19 seperti kenaikan harga barang keperluan, nilai matawang, pasaran saham dan pelbagai lagi sudah dijangka oleh Ismail Sabri. Segala masalah tersebut sedang diatasi dengan perancangan jangka pendek dan panjang supaya rakyat dan negara tidak terjerumus ke dalam kancah yang lebih besar.
Inflasi dan bekalan barangan keperluan harian rakyat perlu ditangani dengan baik. Pelabur perlu diyakinkan bahawa Malaysia adalah destinasi tepat untuk melabur dan ini kesemuanya dilakukan oleh PM Ismail dengan segera sebaik sahaja negara memasuki fasa endemik covid19.
Satu kerugian yang besar sekiranya UMNO BN menjadikan agenda pembubaran parlimen sebagai perbincangan umum dan terbuka. Sedangkan ianya adalah senjata terakhir bagi mana-mana parti yang memegang kuasa memimpin negara.
Laungan semangat ‘bubar parlimen’ dan cakap-cakap mengenainya perlu dihentikan segera kerana PM Ismail Sabri sudah beberapa kali mengeluarkan kenyataan sebelum ini malah semalam di ketika Konvensyen BN, lagi sekali PM Ismail Sabri menyatakan parlimen akan dibubarkan segera sebagaimana Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan perwakilan persetujui menyerahkan mandat kepada Top 5.
Berikan mandat dan kepercayaan kepada PM Ismail Sabri untuk menguruskan hal-hal berkaitan pembubaran parlimen dan ianya perlu mengikut perlembagaan negara yang mana telah terpakai selama ini.
UMNO BN pernah lalui pengalaman buruk di dalam sejarah pilihanraya umum ke 14, kalah yang memalukan kerana isu harga barangan keperluan rakyat tidak ditangani dengan betul dan musuh berjaya mengelirukannya dengan sistem cukai GST ketika itu.
Sebagai Presiden parti,Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamid wajar bertindak dengan cermat dan bijak. Konvensyen BN sepatutnya tempat berkumpul dan menzahirkan idea-idea segar serta bagaimana perancangan pilihanraya perlu dilakukan dan bukannya tempat mengumpulkan sorakan yang tidak memberi impak besar kepada kemenangan parti.
Menang besar di pilihanraya kecil bukan bermakna akan menang selesa pada pilihanraya umum. Pengajaran ini bukan berlaku sepuluh atau dua puluh tahun dahulu tetapi baru sahaja berlaku di PRU 14 lalu.
Tidak salah laungan menaikkan semangat tetapi tidak cerdik menjadikan strategi utama kemenangan parti sebagai bualan harian di kedai kopi dan cakap-cakap di internet.