Isu subsidi sedang hangat diperkatakan oleh beberapa portal yang mana melaporkan kononnya kerajaan memansuhkan subsidi ayam, telur dan minyak masak botol.
Perkara itu tidak benar sama sekali dimana penjelasan sudah dibuat oleh beberapa pihak dan juga Perdana Menteri sendiri YAB Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sebagaimana yang kita maklum, sebelum ini kerajaan memberi subsidi kepada penternak ayam sebanyak RM720juta. Namun sesetengah penternak tidak memohon subsidi tersebut. Setakat ini hanya RM260juta sahaja jumlah subsidi yang dipohon. Jumlah yang di bayar pula hanya RM160juta.
Kenapa perkara ini berlaku? Mengapa para penternak enggan memohon subsidi yang diberikan oleh kerajaan? Diantara sebab-sebabnya adalah
1. Penternak perlu istihar semua perkara
2. Kartel tidak mahu istihar jumlah jualan sebenar
3. Ada penternak yang tiada lesen penternakan dari kementerian atau agensi
Atas kekangan di atas maka kerajaan telah membuat keputusan untuk mengambil baki subsidi tersebut untuk diberikan kepada rakyat.
Baki subsidi tersebut diberi kepada rakyat secara langsung melalui kategori bukan sahaja B40 tetapi kepada 80% rakyat malaysia secara tunai.
Penerimaan melalui BKM akan dibuat pada julai ini sebanyak RM500 (RM400+ RM100)
Walaupun nampak nilai RM100 tersebut kecil namun bayangkan RM100 mampu digunakan untuk membeli berapa ekor ayam untuk dimakan seisi keluarga.
Kalau seminggu 2 ekor dimana 1 ekor beratnya 1.5kg maka 3kg seminggu untuk sebuah keluarga. Ianya bergantung kepada beza kenaikan harga bukannya harga per ekor ayam. Kalau beza kenaikan, ianya dianggarkan dalam RM25 sebulan.
Jadi RM100 ini mampu menampung kenaikan harga ayam selama 4 bulan.
Memandangkan barang lain juga mengalami kenaikan maka RM1.8b diberi keseluruhannya melalui BKM.
Keberanian Ismail Sabri dalam merealisasikan perkara ini sangat dikagumi. Beliau menarik subsidi ayam dari penternak yang enggan menggunakan sepenuhnya bantuan kerajaan tersebut untuk diberi kepada rakyat lain bagi mengatasi masalah kenaikan harga ayam. Beliau juga turut menarik AP import ayam bagi memastikan rakyat mendapat bekalan ayam yang cukup. Ini bermakna PM sentiasa melihat opsyen terbaik untuk bantu rakyat.