TAMBAHAN RM100 UNTUK BKM FASA 2 - PM

Seramai 8.6 juta penerima BKM telah diluluskan dengan isi rumah bakal menerima sehingga RM2,500 pada tahun 2022. Bantuan ini merupakan yang tertinggi setakat ini yang pernah diberikan oleh mana-mana Kerajaan.

Bayaran Fasa 2 BKM melibatkan peruntukan sebanyak RM1.11 bilion dan setiap penerima bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing.

Mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan kebelakangan ini, Kerajaan mengambil keputusan untuk menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang. Bayaran bantuan tunai tambahan ini dibayar dibawah Fasa 2 BKM melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM630 juta.

Sebelum ini, Kerajaan memperuntukkan bayaran BKM untuk golongan bujang muda hanya dibawah Fasa 1 dan Fasa 3 sahaja. Namun pada Fasa 2 BKM kali ini, kerajaan memberikan  insentif istimewa pada golongan bujang dengan memberi bantuan tunai tambahan.

Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 27 Jun 2022 (Isnin) melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM1.74 bilion.

Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan golongan B40 terutamanya dalam menyambut Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi dan akan disalurkan seperti dijadualkan.

Kerajaan sentiasa cakna dengan keperluan semasa terutamanya melibatkan kenaikan harga barangan keperluan dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.