PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Terengganu merangkap Ketua UMNO Bahagian Kemaman Dato’ Seri Ahmad Said mendedahkan bahawa satu bidang tanah yang dikhaskan kepada pihak mahkamah tinggi di dalam Bandaraya Kuala Terengganu sudah bertukar milik.
Katanya sekarang ini penyelewengan berleluasa dalam kerajaan negeri Terengganu (PAS) dan beliau turut memaklumkan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap didalam Majlis Sambutan Hari Raya bagi Peringkat UMNO Bahagian Marang.
Ahmad turut mendedahkan bahawa penyelewengan duit rakyat Terengganu oleh beberapa orang kepimpinan PAS Terengganu dengan memiliki berjuta-juta ringgit yang disimpan di dalam akaun bank di Kuala Lumpur.
Tambahnya, beliau mempunyai butiran yang lengkap transaksi serta akaun bank tersebut yang beralamat di Kuala Lumpur tersebut.
“Insyaallah.. selepas syawal ini, saya kan membuat laporan SPRM dan saya pu telah berbincang dengan beberapa pegawai untuk tujuan tersebut.
Katanya lagi, bukan setakat duit berjuta itu akan tetapi penyelewengan terhadap harta dan tanah rakyat juga di salahgunakan untuk kepentingan PAS dan bebebrapa individu yang berkenaan seperti mana tapak tanah Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu.
“Semasa PAS menang Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 tanah tersebut telah diserahkan kepada Koperasi Batu Buruk (PAS), dan selepas 2004 semasa BN menang kembali Terengganu mengambil balik tanah tersebut dengan bayaran sebanyak RM 6.7 juta.
“dan kita gezetkan tanah tersebut dibawah seksyen 62 akta tanah Terengganu untuk kegunaan kerajaan negeri dimasa hadapan. Sedih amat sekali, tahun lepas kerajaan PAS telah melepaskan tanah tersebut kepada Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu (KHAIRUNNISA') dengan nilaian yang dibuat kerajaan dengan kadar RM 5.5 juta tetapi malangnya harga tanah tersebut telah dibayar dengan harga RM 550 ribu sahaja.
“... sedangkan nilaian tanah tersebut kini mencecah RM 29 juta ringgit, jelas ini satu pengkianatan kepada harta rakyat Terengganu. Saya telah berbincang dengan SPRM dan boleh mengambil tindakan dibawah seksyen 423 SPRM.
Katanya lagi, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri di pengerusikan Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Samsuri Mokhtar manakala pengerusi persatuan KHAIRUNNISA' itu dipengerusikan oleh isteri MB Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman serta semua isteri-isteri wakil rakyat PAS menjadi ahli jawatankuasa persatuan itu.