ZAHID PECAH BELAHKAN UMNO, PEMECATAN TAJUDDIN TIADA ASAS KUKUH?


BEBERAPA hari kebelakangan ini tular dalam satu laporan media menyatakan yang Setiausaha Agung UMNO, Dato’ Seri Ahmad Maslan merakamkan penghargaan kepada Duta Besar Malaysia ke Indonesia itu atas khidmatnya sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Katanya, Presiden (Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) melalui surat ini menamatkan pelantikan Datuk Seri sebagai ahli MKT UMNO dan mengikut perlembagaan UMNO fasal 9.8.1.4 dimana beliau sebelumnya telah dilantik oleh presiden menjadi ahli MKT UMNO.

Bagaimanapun, dalam surat tersebut SUA UMNO tidak menyatakan sebab Tajuddin dipecat dengan memberi alasan bahawa mahu Dato’ Seri Tajuddin Abdul Rahman memberikan tumpuan kepada tugas-tugas beliau sebagai Duta Besar ke Negara Indonesia.

Alasan tersebut ramai menyatakan ianya tidak boleh dipakai kerana Tajuddin bukan dilantik sebagai menteri yang jaga Indonesia dan bukan jaga rakyat Indonesia bahkan hanya sebagai Duta Besar sahaja.

Kalau hendak diikutkan dahulu  allahyarham Tan Sri  Jamaludin Jarjis yang dilantik sebagai Duta Besar Ke Amerika Syarikat tetapi masih memegang jawatan MKT UMNO dan ianya boleh melakukan kedua-dua tugas dengan baik sekali. 

PERSOALANNYA, kenapa pula bila tiba masa  DS Tajuddin jadi Duta Besar Indonesia dipecat dari MKT UMNO?

Sedangkan jarak penerbangan Jakarta - Kuala Lumpur hanya memakan masa 2 jam 20 minit, lebih kurang jarak penerbangan Kota Kinabalu - Kuala Lumpur 2 jam 30 minit. Apakah alasan-alasan yang logik mahu diberikan oleh presiden terhadap perkara ini. Adakah DS Tajuddin ini dilihat banyak memihak kepada mana-mana individu didalam UMNO itu sendiri.

Keputusan Presiden UMNO menggugurkan DS Tajuddin kali ini nyata bertentangan dengan pendirian parti yang mana telah diungkapkan sebelum ini tiada perpecahan dalaman akan berlaku. Parti tangguhkan pemilihan UMNO sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 dengan tujuan untuk memelihara solidariti dalam kalangan ahli parti.

Akan tetapi keputusan dan kehendak Presiden UMNO jelas memecahbelahkan parti dengan secara langsung memecat DS Tajuddin dari MKT dan ianya memberi impak kepada parti. Presiden cakap tak serupa bikin, lebih baik buat sahaja pemilihan parti agar kesegaran pentadbiran parti diuruskan dengan lebih baik selepas itu.

Presiden hendak tangguhkan pemilihan kononnya tidak mahu ahli-ahli serta kepimpinan parti berpecah, tapi beliau sendiri yang memecahkan solidarity dan kesepaduan yang ada didalam parti demi memenuhi nafsu serakah beliau.

Mungkin DS Tajuddin ini dianggapkan beliau sebagai orang yang berpengauh didalam UMNO dan ianya akan menganggu gugat kedudukan beliau sebagai presiden UMNO selepas ini dan tindakan memecat DS Tajuddin adalah jalan yang mudah untuk meredakan keadaan. MUNGKIN?


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.