ANWAR SAHKAN NAJIB, ZAHID & 13 AP UMNO SOKONG JADI PM, SAKSI HIDUP MAT SABU DAN ANTHONY LOKE


DALAM kenyataan terbaru dari Anwar  Ibrahim baru-baru ini perlu diambil perhatian oleh ahli UMNO, beliau berkata di Kongres National PKR 2022 mengenai tindakan Najib, Zahid dan 13 orang lagi ahli parlimen UMNO yang menandatangani surat akuan bersumpah menyokong dan bersetuju supaya memilih beliau sebagai Perdana Menteri.

Ini bukan pertama kali pendedahan dari Presiden PKR itu. Malah semalam ketika menyampaikan ucapan dasar di kongres tersebut, Anwar Ibrahim sekali lagi membuat pengakuan di hadapan perwakilan PKR yang hadir dan mengaku bahawa presiden Amanah, Mohd Sabu serta Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke juga sebagai saksi terhadap sokongan akuan bersumpah dari Najib, Zahid dan 13 ahli parlimen UMNO.

Persoalannya, siapa pengkhianat parti sekarang?

PM Ismail Sabri membuat perjanjian dengan parti yang berada di dalam kerajaan dan juga dengan blok pembangkang dengan titah baginda Yang di Pertuan Agong untuk mewujudkan kestabilan politik bagi menyelamatkan negara dan rakyat dari krisis kepimpinan negara yang berantakan secara berterusan oleh pihak yang mempunya agenda kepentingan peribadi.

Namun Najib dan Zahid secara diam-diam menanda tangani perjanjian akuan bersumpah menyokong Anwar menjadi perdana menteri dengan syarat kes pendakwaan mereka di mahkamah digugurkan. Tidak cukup dengan tindakan terdesak itu, Najib dan Zahid mengajak 13 orang lagi ahli parlimen UMNO untuk bersama mereka menyokong Anwar.

Apakah perjanjian atau sokongan Najib-Zahid dan 13 ahli parlimen UMNO yang bersama menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri ketika itu akan menguntungkan UMNO. Sejak bila ada klausa atau ketetapan dalam umno membenarkan kerjasama dengan PKR atau DAP?

Apakah pernah perkara ini dibentangkan dalam mesyuarat MKT UMNO atau BIRO Politik sehingga dengan jelas 15 ahli parlimen dari UMNO boleh memberikan sokongan kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri malah UMNO tidak mendapat apa-apa manfaat dari tindakan tersebut dan tindakan 15 ahli parlimen tersebut jelas hanya untuk tujuan dan agenda peribadi menyelamatkan mereka yang sedang berdepan kes integriti di mahkamah?

Siapa yang lebih pengkhianat? Lokman Adam tidak ingin membuat video ‘live’ untuk menjawab isu ni?

Di mana macai upahan politik seperti Lokman Adam ketika Anwar membuat pendedahan siapa pengkhianat UMNO BN sebenarnya. Sudah menjadi syaitan bisu?


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.