SERANGAN terbaru yang dilemparkan kepada Dato’ Nor Nazimah Hashim Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob yang dikatakan meminta sogokan RM 200 hingga RM 300 ribu kepada mereka yang ingin bertemu PM untuk apa-apa urusan terutama berkaitan projek-projek yang ada kini.
Tuduhan itu dihalakan kepada Nazimah kerana sebelum ini pelbagai fitnah yang dilemparkan kepada PM Ismail Sabri dan kerajaan #KeluargaMalaysia tidak berkesan kerana telah disanggah dengan fakta-fakta dan hujah yang benar berlaku.
Oleh kerana kegagalan itu, mereka mencari ruang-ruang dari kalangan orang-orang yang berada di kiri dan kanan PM Ismail Sabri agar dapat memburukkan imej yang baik serta kejayaan yang dilakarkan oleh Ismail Sabri dan pasukannya dalam kerajaan.
Perkara itu dilihat apabila Ismail Sabri berjaya dalam banyak perancangan beliau sebagai ketua kerajaan terutama memperjuangkan nasib rakyat berdepan kartel yang selama ini mengaut kekayaan dari segala bentuk tekanan dan permainan manopoli pasaran barangan terhadap rakyat dan kerajaan maka serangan pihak-pihak tersebut dihalakan kepada orang sekeliling PM.
Fitnah ini direkayasa agar pejabat Perdana Menteri dilihat kotor dan tidak berintegriti dan ketika ini juga pegawai kanan PM sedang diteropong serta dijadikan target selain batang tubuh PM itu sendiri.
Sepertimana yang ditularkan didalam telegram milik portal edisisiasat.com kali ini juga mengambarkan satu tuduhan yang berat dengan membuat fitnah dengan kadar bayaran yang tidak masuk diakal sedangkan apa yang kita tahu berpuluh orang dari pelbagai lapisan latar belakang atuas urusan kerajaan datang berjumpa PM setiap hari dantidak pernah pula kita dengar mereka mendedahkan atau merungut serta membuat laporan SPRM atas mainan rasuah tersebut.
Jika lah benar tuduhan tersebut maka bodoh sangatlah orang yang membayar jumlah tersebut kerana rakyat biasa dan orang parti boleh sahaja duduk minum dan borak dengan PM berjam-jam tanpa perlu bayar sesen pun.
Kalau dikatakan untuk bertemu PM sahaja, itulah jumlahnya yang perlu dibayar rakyat dan belum tentu tahu apa isi perbincangannya maka ianya merupakan satu tuduhan tak masuk akal yang hanya direka untuk memperlihatkan betapa pejabat perdana menteri hari ini dalam krisis yang sangat teruk.
Sebelum ini sudah banyak laporan-laporan polis sudah dibuat oleh pejabat PM terhadap fitnah-fitnah yang dilemparkan, kali ini diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya agar menjadi pedoman kepada pemfitnah untuk melakukannya lagi dimasa akan datang.
Kita semua tahu siapa edisi siasat ini yang wujudkan untuk menyerang pihak-pihak tertentu yang mana diarah oleh majikannya. Hanya fitnah bodoh dan jahat mainan edisi siasat yang disedari dari dahulu lagi dan beberapa laporan yang telah dibuat sebelum ini.
Siapakah dibelakang edisi siasat ini atau ada dalang dalam agensi yang secara berterusan menyalurkan pelbagai sumber yang tidak tepat semata untuk merosakkan imej pejabst perdana menteri?