FLASHMOB PARTI AMANAH GAGAL DI 222 KAWASAN PARLIMEN 16 JULAI LEPAS


Parti Amanah Negara (Amanah) menganjurkan satu program ‘flashmob’ membantah kenaikan harga barang pada 16 Julai lepas dan ia dirancang untuk diadakan di kesemua 222 kawasan Parlimen di seluruh negara.

Sudahnya, dari carian di media sosial hanya menemui 11 sahaja kawasan Parlimen yang menyertai rancangan ‘flashmob’ itu, hanya 5 peratus daripada keseluruhan kawasan Parlimen yang ada dalam Malaysia ini.

Ini menunjukkan perancangan untuk anjurkan program macam ini sudah gagal.

Amanah Terengganu sendiri mengaku bahawa perhimpuan itu gagal oleh Pengerusinya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.

Sejak Pakatan Rakyat (PR) dulu sampailah ke Pakatan Harapan (PH) sekarang, taktik himpunan, tunjuk perasaan dan ‘flashmob’ sudah lapuk

Kalau dilihat, gaya berhimpun-himpun ini gaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak perhimpunan Reformasi tahun 1997 dulu.

Ada 11 lokasi yang diadakan program itu iaitu di Pulai, Temerloh, Bandar Tun Razak, Parit Buntar, Kota Raja, Taiping, Dungun, Permatang Pauh, Lumut, Kuala Terengganu dan Masai. Purata orang yang hadir pada ‘flashmob’ di kawasan ini hanya beberapa puluh orang sahaja.

Pihak Polis pun sudah buat kenyataan kepada orang ramai supaya jangan sertai ‘flashmob’ berkenaan kerana tidak membawa apa-apa faedah dan ia menyusahkan orang ramai.

Sejak bila perhimpunan atau program sebegini membawa faedah kepada ekonomi negara?

Ia hanya akan memburukkan imej negara di luar di mata pelabur asing.

Semasa ‘flashmob’ berkenaan, rata-rata peserta di lokasi di seluruh negara bawa kad sepanduk yang sama sahaja seperti ia dihasilkan menggunakan tema asas sama untuk seluruh negara.

Kesimpulannya, program yang dirancang untuk berhimpun di 222 Parlimen di seluruh negara gagal.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.