VIDEO : HADI AWANG BIDAS KENYATAAN MUHYIDDIN, BELIAU PATUT MALU DENGAN TINDAKANYA


SELAKU Pengerusi Majlis Pemulihan Ekonomi Negara, Muhyiddin juga sepatutnya kerap bertemu dengan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob dengan membawa cadangan yang membawa manfaat besar kepada penyelesaian permasalahan yang sedang dihadapi oleh rakyat dan negara.

Muhyiddin tidak sepatutnya hampir setiap hari berbicara secara terbuka tentang ‘tuntutan’ jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga wakil partinya menggantikan YB Zuraidah sebagai menteri yang telah dengan rasmi meninggalkan parti PPBM.

Sepatutnya sekarang adalah masa untuk kesemua pemimpin parti politik (BN, Perikatan Nasional, GPS dan GRS) yang berada di dalam kerajaan menumpukan sepenuhnya perhatian kepada strategi menghadapi kenaikan kos sara hidup. 

Muhyiddin perlu sedar bahawa YAB Perdana Menteri tidak lagi perlu melayan sebarang tuntutannya kerana beliau telah melanggar perjanjian (MoU) lebih awal apabila secara terang mengajak dan memujuk Pakatan Harapan untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional bagi tujuan menumbangkan Perdana Menteri. 

Muhyiddin juga sepatutnya malu kepada rakan kongsinya di dalam komponen Perikatan Nasional, Tan Sri Hadi Awang yang juga presiden PAS apabila Hadi dengan tegas menjelaskan bahawa perjanjian yang ditandatangani oleh PM Ismail Sabri tidak mendapat persetujuan daripada PAS yang turut berada di dalam komponen Perikatan Nasional itu. Jadi dengan sendirinya perjanjian tersebut terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Bagaimana perjanjian yang begitu penting tersebut dibuat tanpa pengetahuan Presiden PAS? Tidak malulah Muhyiddin?



Beberapa hari lalu PAS menafikan dakwaan Bersatu mengenai kewujudan perjanjian antara Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dengan Perikatan Nasional (PN) berhubung jawatan timbalan perdana menteri.

Presidennya, Abdul Hadi Awang bagaimanapun mengakui ada perbincangan mengenai jawatan itu pada awal penubuhan kerajaan pimpinan Ismail, namun tidak ada keputusan dicapai.

“Tiada ada janji (perjanjian). Kita ada bincang (jawatan timbalan perdana menteri), tetapi tak ada keputusan,” katanya dalam sidang media di Facebooknya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Bersatu berhubung kewujudan perjanjian jawatan timbalan perdana menteri antara PN dengan Ismail sebelum dilantik sebagai perdana menteri.




Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.