HENTILAH MENYERANG SESAMA SENDIRI , FOKUS PRU 15 - ISMAIL SABRI

PERDANA MENTERI Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengingatkan semua yang hadir didalam Konvensyen BARISAN NASIONAL (BN) Sabah semalam agar sentiasa bersatu hati dalam menanggani kerenah pembangkang diluar parti.

Katanya, kalau kita bercakap soal pilihanraya, kita mesti merapatkan lagi hubungan kalau sebelum ini kurang rapat dan focus kita menentang parti pembangkang, musuh kita adalah pembangkang, hari ini walaupun PBS berada dalam kerajaan tetapi meraka yakin bahawa pilihanraya sudah tidak lama lagi, PBS pun sudah mula menyarang kita”

“Sebab itu lah.. kita mesti mula menyerang pembangkang untuk menghadapi pilihanraya ini, kalau kita kata didalam UMNO sebagai contoh, kita tidak mahu pimilihan parti sebelum PRU 15 jadi apa sebab kita menyerang sesame sendiri, kita nak bunuh sesame sendiri kerana akan berlaku pertandingan sesama sendiri dalam pemilihan parti”

“Jadi kita sudah tahu bahawa pemilihan parti akan berlaku selepas PRU 15, jadi mengapa kita serang sesama sendiri, tumpu dan focus lah kepada pilihanraya dahulu yang tidak lama lagi”, katanya.


Tambahnya lagi, beliau berharap semua kepimpinan parti dan ahli-ahli bersama-sama membantu kerajaan dan jika kita menyerang kerajaan hari ini bermakna kita menyerang kerajaan yang dipimpin oleh parti BN hari ini.

“Saya berada dalam kerajaan ini mewakili UMNO dan BN, saya perdana menteri BN dan bukan perdana menteri parti-parti lain, menyerang saya adalah sama menyerang kepimpinan
BN dan UMNO”, ujurnya lagi.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.